“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
TOXIC PEOPLE
Tuesday, October 26, 2010Peribahasa Melayu ada berkata "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi."
Peribahasa tersebut adalah seiring maknanya dengan TOXIC PEOPLE.
Depan kita, dia adalah kawan ; belakang kita dia adalah lawan.Golongan ini menikam dari belakang.
Toxic People tak banyak buat kerja demi orang lain tapi lebih kepada kepentingan diri saja.Mengampu yang di atas, menyiku yang sebaris, dan menekan yang di bawah.
Akhirnya, carilah sahabat kerna dia adalah pengubat... :-)
Tiada ketenangan jika ada kebencian....
SERONOK
Sunday, October 24, 2010“Terus terang, saya lebih selesa bertudung dalam drama. Cuma, saya belum bersedia untuk mengenakan tudung buat masa ini. Insya-Allah, kalau sudah sampai waktunya melakukan penghijrahan, saya akan pakai tudung sepenuhnya ibarat wanita Muslimah lain tanpa nampak lagi rambut," kata Fasha
Kata-kata artis di atas bukan sahaja menunjukkan betapa rendahnya kualiti pemikiran umat pada saat ini dalam memahami hukum-hakam Islam, bahkan menunjukkan kepada kita betapa longgarnya sistem yang mengatur kehidupan pada saat ini untuk membawa umat mengamalkan syariat Islam itu secara hakiki.
Kalau beginilah gayanya, nescaya umat Islam pada saat ini akan terus mengalami kemunduran demi kemunduran dalam seluruh aspek. Ini kerana di dalam diri mereka sudah tertanam penyakit yang sangat kronik iaitu sekularisme seperti mana didalam Islamic Festival Fashion baru-baru ini.Untuk memulihkan keadaan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan diterapkannya Sistem Islam secara sempurna di dalam kehidupan. Di dalamnya, akan diterapkannya sistem pendidikan Islam, yang memberi kefahaman kepada rakyat tentang syariat Islam yang wajib mereka laksanakan dan patuhi sebagai hamba Allah di muka bumi. Di samping itu, diterapkannya pula sistem pergaulan Islam, yang akan mengatur interaksi dan pergaulan sesama manusia, khususnya di antara lelaki dengan perempuan.
Selain itu. ia juga akan menjamin agar kemurnian dan kesucian agama Islam dapat dijaga.
"KESERONOKAN DUNIA IBARAT PERMAINAN YANG MELALAIKAN"
KEHIDUPAN
Thursday, October 21, 2010
Kehidupan ini adalah suatu perjalanan.Ianya bukan tentang bagaimana kita bermula TETAPI bagaimana kita sepatutnya berakhir.
"Kejayaan itu bukan destinasi,ia adalah suatu perjalanan.Kita perlu gambarkan ke arah mana tujuan perjalanan itu"
APA KATA ANDA ?
Monday, October 18, 2010PASTI TAK PUTUS
Monday, October 11, 2010
Lama tak tulis dalam blog ni.Sekadar papar program sebagai iklan sahaja.
Perkara yang pasti tidak putus dihadapi oleh kita adalah masalah.Tidak kira apa kerja kita lakukan, kita mampu membawa jalan penyelesaian yang unik kepada masalah dihadapi.
Apabila terdapat masalah dan cabaran baru yang perlu diselesaikan setiap hari, kadangkala setiap jam.Ini bermakna,kita adalah manusia berpengetahuan kerna menggunakan kreativiti minda bagi menghadapi masalah.
Hadapi masalah dengan tenang, janganlah asyik melayan Facebook saja sepanjang hari apabila masalah datang bergolek. :)
" Tidak kira sama ada kita mampu memperbaharui dunia ini ataupun tidak, kita mesti memperbaharui diri kita setiap hari "
DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT
Monday, October 04, 2010
Sanah Helwa kpd seorang sahabat pd 2.10.10 bersamaan Sabtu lepas..
Benarlah kata-kata ;
Sahabat itu, ibarat bintang di malam hari.Ia tak selalu tampak namun ia selalu ada.
Sahabat itu ibarat bintang yang memberi cahaya lain saat gelap..
Sahabat itu ibarat bintang yang memberi panduan di malam hari demi sebuah pelayaran.
Sabda Rasulullah S.A.W:

“Setiap perkara kebaikan itu sedekah dan sesungguhnya di antara kebaikan itu kamu menemui saudaramu dengan manis muka dan menuangkan (air) daripada bejanamu ke dalam bejana saudaramu.” (H.R. Tarmizi dan Ahmad)
Sabda Baginda lagi:
“Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis.” (H.R. Muslim)
JADILAH DIRI ANDA SEBUTIR BINTANG UNTUK SAHABAT ANDA
Terpelajar @ Terdidik
Saturday, September 25, 2010Kelakuan kurang ajar kanak-kanak digalakkan lagi dengan kehadiran orang dewasa Sesungguhnya, kanak-kanak sepatutnya diberi didikan yang baik, dan tidak di ajar berkelakuan seperti itu.
Bijaklah memilih Pusat Asuhan yang betul-betul mendidik bukan sekadar memberi pelajaran.
Ceburi Banyak Bidang
Wednesday, September 22, 2010Apakah profesion kita sekarang?
Guru.. Lawyer.. Majistret... atau Pemuzik ?? Takpun penganggur yang berjaya..
Bagi yang masih menganggur ... Cuba ceburi pelbagai bidang... Pasti di sana terdapat satu bidang bersesuaian dan memenuhi isi hati kita.Elakkan daripada bersaing dengan bidang yang sudah banyak orang ceburi.Takut nanti kita mudah putus asa dan mengalah..
Contohnya : Berniaga di pasar/market dengan menjual ikan kembung..Padahal sudah banyak peniaga ikan lebih-lebih lagi peniaga ikan besor-besor.Oleh itu janganlah menjual ikan tetapi JUALLAH GARAM kerna pasti ramai akan membeli garam demi mengelakkan ikan busuk.

PASAK BUMI
Wednesday, September 15, 2010Setiap sesuatu pasti ada pasaknya.Pasak itulah mengukuhkan kedudukan sesuatu benda tersebut.
Gunung-ganang adalah pasak kepada bumi.Ia sudah jelas di dalam Al-Quran yang bermaksud :
Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An Naba', 78: 6-7)
Bilamana gunung diruntuh atau ditarah, maka berlakulah kehancuran seperti tanah runtuh, peristiwa Highland Tower 1993 dan malapetaka lain.
Keamanan dan kesejahteraan ummah juga bergantung kepada pasak.Jika pasak sudah tiada... Tunggulah... Bumi akan berlaku kehancuran.
Empat golongan yang menjadi pasak kepada bumi.
1.Pemimpin yang adil
2.Golongan ulama', ilmuwan dan cendiakawan yang beriman
3.Para peniaga yang beramanah
4.Doa dari fakir miskin
Inilah pasak bumi yang sebenarnya.Tiadanya mereka..
Tunggulah peringatan dari Allah SWT..
Marah atau Suka... ?
Sunday, September 05, 2010Iklan yang memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .
Iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur Krismas , Hindu dan Buddha . [ beca terbang , teratai dan pelita ]
Apakah perasaan anda, kagum... suka .... atau marah ?
OCCUPATION vs VOCATION
Monday, August 23, 2010Apa itu kerja? Semestinya kerja yang kita lakukan kerna wang.Bagaimana plak dengan vocation???
Vocation membawa maksud perjuangan hidup iaitu apa yg kita perjuangkan mengikut perasaan/suara hati ataupun komitmen yg wajar dilakukan.
Ubah mind setting kita kepada sukarelawan dan bukan pekerja semata-mata.Pekerja mempunyai huraian/task kerja.Tetapi sukarelawan memiliki perjuangan.Beza antara huraian kerja dan perjuagan adalah jelas.Kerja datang dari majikan dan pekerja mesti melakukannya samada rela atau tidak.Manakala perjuangan bersifat dalaman iaitu dari diri sendiri dan kita akan menawardiri kpd perjuangan.
Motivasi kerja datangnya dari luar manakala motivasi perjuangan datangnya dari dalam diri sendiri.
Sesiapa tidak boleh memberhentikan atau membuang sukarelawan tetapi pekerja bilamasa boleh dibehentikan.Semangant, keghairahan serta keikhlasan perjuangannya menjadikan hasil kerja sukarelawan sering kali lebih baik daripada pekerja biasa.
Perjuangan ini tidak semestinya perkara hebat seperti megubati penyakit kanser ataupun mebasmi kemiskinan, tapi ia adalah perjuangan yang berbaloi untuk diperjuangkan tak kira apa jua profesion kita.Selagi kita tak melihat kerja kita sebagai perjuangan, selagi itu kita tak menemui semangat dan keghairahan yg mampu menjadikannya kerjaya yang hebat.
Akhirnya, kita perlu menjadi sukarelawan yg berguna ; membawa jalan penyelesaian yg diperlukan oleh organisasi kita.

MARILAH KITA MEMILIKI PEMIKIRAN SUKARELAWAN dan BUKANNYA PEKERJA
SUARA HATI
Thursday, August 19, 2010Baru saja baca blog shbt tentang Inspirasi @ Inspired. :-). Lebih kepada kerjaya..
Pasti bila bercakap tentang suara hati.Semestinya first impression pasti akan terbayang dibenak kisah jiwang.huhuhu...
Pasti bila bercakap tentang suara hati.Semestinya first impression pasti akan terbayang dibenak kisah jiwang.huhuhu...
Kenapa kita disuruh mendengar suara hati dalam membina kerjaya kita? Ini kerana, hati kecik akan membisikkan kpd kita apa sumbangan yang patut dan wajar dilakukan.Jadi fikirlah sedalam-dalamnya..
*.Apakah tanggungjawab sebenar kita kepada organisasi, klien dan rakan sekerja?
Ini adalah killer question?? ;-)
Ada 2 jenis pekerja samada pekerja tak baik atau pekerja yang baik.Pekerja yg tak baik hanya menganggap sekadar memiliki 'kerja' akan tetapi pekerja yang baik adalah pekerja yang memiliki rasa 'tanggungjawab'.
Suara hatilah yang memberitahu kita apakah tanggugjawab kita sebenarnya.
Kadangkala suara hati ini juga mungkin menjadi sumber sumbangan kita.
Kerjaya kita tak membawa apa-apa makna pabila tak didorong oleh suara hati.
Sekiranya kerja yang dilakukan menganggu kesejahteraan jiwa kita, pasti tiada bentuk kejayaan mampu mengantikan perasaan kecewa itu.Tetapi sekiranya kerja yang dilakukan itu memuaskan hati, tak kira apa jua kerja kerja sekalipun, kita akan senantiasa berasa puas dan selesa dengan pencapaian diri sendiri.
SELAMAT MAJU JAYA.SENTIASA BERINSPIRASI DALAM HIDUP & KERJAYA
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)