Selamat Datang ...
Wednesday, August 19, 2009Sampai bila kita pakai topeng ini?
Thursday, August 13, 2009Saya pernah mendengar dalam berita radio tempohari bahawa H1N1 akan ‘lebih mengganas’ jika ‘bergabung’ dengan H5N1 (selsema burung). Maknanya penyakit selsema ini tak akan berkurang? (kalau ada pegawai perubatan/kesihatan berkaitan tolong huraikan).
Selsema babi atau Influenza A H1N1 merebak begitu cepat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO sudah tidak mampu membilang kes dan kematian lagi. Ujian dari Allah ini datang bukan kerana Allah menzalimi manusia, tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka. Banyak hadis yang mafhumnya menyebutkan bahawa lahirnya penyakit-penyakit baru yang tidak pernah menimpa umat dahulu ialah kerana kejahatan manusia sendiri yang melanggar perintah Allah.
Cuma bagi saya, penyakit yang menimpa samada H1N1 atau yang lain, penghujungnya paling tinggi pun adalah mati. Tidak lebih dari itu. Yang lebih penting dari kematian itu, ialah bagaimana bentuk mati itu? Mati taatkan Allah atau mati derhakakan Allah.
sumber : http://www.niknasri.com
H1N1 Satu PANDEMIK
Sunday, July 26, 2009
Wabak influenza (HINI) selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia.Semua pintu sempadan negara di letakkan berjaga-jaga dari kedatangan pelancung maupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan.Namun apa jua situasi yang berlaku,masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran. Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia.Virus deman selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.
Sebagai seorang Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam dimana hukum "samak" digunakan.Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah. Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang.Antibodi yang terbaik adalah dari tanah.Herba organik tumbuh daripada tanah.Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-
1. Tujuan bertayamum - untuk pesakit menggantikan air
2. Tujuan menyamak -
3. sakit kulit ekzema - campur dengan air dan sapukan di kulit.
4. demam panas - sama spt diatas dan disapu di bahagian kepala
5. ketagihan dadah - minum
Saya amat yakin kalaulah ada ubatan bagi virus babi ini pasti ada dalam tanah .InsyaAllah.
Dimana kita bermula?
Saturday, July 25, 2009Ada diantara kita mendapat kawan sejak dibangku sekolah hingga ke hari ini masih berhubungan.Adakala persahabatan terputus dek masing-masing membawa haluan samada berpisah melanjutkan pengajian atau mendapat pekerjaan.
Ada yang memperoleh kawan melalui teknologi maklumat seperti YM, Skype, Mirc,friendster, blogger dan dll.

Marwa as-Sharbini: Mati syahid kerana tudungnya
Saturday, July 18, 2009Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.
Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .
Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.
Hari Jilbab Antarabangsa
Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.
Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.
Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.
Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.
Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.
Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.
Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.
Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini
Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.
Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.
Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.
Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.
Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de
(disunting dari pelbagai sumber)
Penghidap HIV Melayu Berlindung Di Dalam Gereja
Friday, July 17, 2009lelaki yang menyambut Ustaz Amin di gereja itu juga Melayu!
hanya mampu terbaring di katil, gambar Jesus menghiasi pintu
Ustaz Amin sempat memberi tazkirah kepada anak2 Melayu HIV+ yang tinggal di gereja tersebut
salah seorang anak Melayu yang dibawa keluar dari gereja itu
aku hanya mampu mengucap panjang bila mendapat komen dalam salah sebuah entry yang aku tulis subuh tadi
pengirimnya mengirimkan artikel mengenai sebuah blog yang ditulis oleh Ustaz Amin
dalam blognya, Ustaz Amin menceritakan pengalamannya masuk ke sebuah gereja di sini dalam usahanya untuk mengeluarkan beberapa orang anak Melayu yang dijangkiti HIV
disebabkan diskriminasi terhadap mereka yang dijangkiti kuman tersebut, maka tidak ada siapa yang mahu mengambil berat terhadap golongan ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri
namun pihak gereja berkenaan telah mengambil anak-anak Melayu ini untuk dirawat, diberi makan dan diberi perlindungan yang sewajarnya
bimbang dengan akidah anak-anak Melayu ini, Ustaz Amin dan rakan-rakannya telah pergi ke gereja berkenaan untuk mengeluarkan mereka dari gereja tersebut
kalau nak tahu lebih lanjut, sila layari www.ustazamin.com
aku tak tahu nak kata apa lagi….korang fikirlah sendiri!
SAK: Jabatan agama patut malu melihat perkara sebegini, nasib baik ada individu seperti Ustaz Amin, MasyaAllah….
sumber : http://syahrilkadir.wordpress.com/
KATA-KATA
Wednesday, July 15, 2009"Orang yang suka mencari kesalahan orang lain dan iri hati dengan kejayaan orang lain, pasti tidak akan berjaya dalam hidup. mereka kurang memerhatikan potensi dalam diri mereka kerana terlalu sibuk memerhatikan gelagat orang lain." 
Orang yang suka mencari kesalahan orang lain biasanya adalah orang penyibuk, lebih banyak mengomen kesalahan orang lain, kesilapan orang lain, kekurangan orang lain dari mengomen diri sendiri. Dia menjadi pengkritik tidak berasas.
Oleh kerana mereka iri hati dengan kejayaan orang lain, mereka akan mendoakan kegagalan orang itu. Mereka puas hati bila dia gagal dan mereka cukup suka.
Dalam hidup, apa yang kita doakan pada orang, itulah juga yang akan terjadi pada kita.
Bila kita mendoakan kegagalan orang, suka melihat kegagalan orang, ia akan dibalas pada diri kita. Kita juga akan gagal sama, serupa seperti orang yang kita doakan. Dalam jangka masa panjang, kita tidak akan nampak langsung peluang-peluang kejayaan yang menghampiri diri kita hingga peluang-peluang tadi berlalu begitu saja.
Yelah, dah kita sibuk jaga hal orang, bukan sibuk memajukan diri sendiri, menjaga hal sendiri. Tidak tak akan perasan peluang-peluang tu sebab kita tak pernah terfikir nak memajukan diri sendiri.
Jika Kita Tidak Terlalu Serius
Sunday, July 12, 2009Kemudian, bila sudah bermotivasi, kita akan membina momentum yang membuat kita susah nak berhenti dari melakukan sesuatu kerja, misalnya menaip, membaca, bermain muzik, melukis, menyanyi atau float di dalam parit.
Maka saya membuat kesimpulan, keseronokan, keghairahan dan minat kita pada sesuatu membuat kita semakin bermotivasi mengejar matlamat, bahkan kita akan bertambah-tambah bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan.Syaratnya, wujudkan keseronokan.
Hidup akan jadi lebih indah jika kita tidak terlalu serius.
PERIBAHASA
Saturday, July 11, 2009Peribahasa ada menyebut, "Kayu yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang-bayang lurus." Hanya jikalau kayunya lurus barulah bayang-bayangnya lurus. Kayu tersebut tidak akan berjaya 'meluruskan' bayang-bayang selagi ia sendiri masih bengkok.
Peribahasa Turki menyebut, "Ikan membusuk bermula dari kepala." Apabila kepalanya mula membusuk, badan dan ekor tidak lama kemudian akan menjadi busuk. Pasti. Begitu fitrahnya.
Satu lagi peribahasa Melayu menyebut, "Bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul." Ibu atau bapa ketam pun tak mampu nak berjalan dengan betul bagaimana nak mengajar anaknya berjalan dengan betul?
Untitled
Tuesday, July 07, 2009
Prog & Artwork
Saturday, July 04, 2009My artwork


" Kita boleh memberi kritikan, pandangan atau cetusan idea.Akan tetapi janganlah dengan kritikan atau pandangan boleh menjadi satu peluru yang membunuh nilai persahabatan yang dibina selama ini dan juga nilai keintelektualan atau kesarjanaan "
KATA-KATA MOTIVASI
Thursday, June 25, 2009
Contohnya : Tok bidan atau Tok dukun berusaha menyelamatkan satu jiwa bayi daripada kelemasan atau mati.Balasan PAHALA seperti menyelamat seluruh manusia.
Bagi yg bukan profesion tok dukun, masih ada ruang untuk kita.Cthnya : Apabila hospital atau NGO anjur kempen derma darah, DERMALAH DARAH ANDA kerana darah itu akan digunakan dalam menyelamatkan mereka yang memerlukan.Ia juga tergolong dalam menyelamatkan satu jiwa. (",)
APA YANG PENTING ..KERJASAMA… (",)
Delusi
Sunday, June 21, 2009
Mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai satu kepercayaan tanpa asas yang kononnya sedang berlaku sesuatu dalam kehidupan mereka.
Paranoid:
Ramai yang tergolong dalam kelompok ini. Mereka merasakan ada orang sentiasa mengekori, merancang untuk membunuh dirinya, meracun, mencedera, mempersendakan dan sebagainya.
Individu terbabit merasakan kesemua ini dilakukan untuk menggagal atau mengganggu gugat rancangan jangka panjangnya.
Hinggakan pada satu peringkat pesakit tidak dapat tidur, kerana risau ia akan ditimpa bahaya. Ada sesetengah mereka yang membawa parang mengelilingi rumah kerana merasakan ada orang yang ingin membunuhnya. Ia juga dikenalisenagai paranoia.Sakit jiwa atau sihir
Dapat kerja rumah dr tok dukun, antara sihir dan sakit jiwa.Moga2 tok dukun tak sakit jiwa menunggu kerja rumah ni yang lambat siap…Gi jalan-jalan KLCC dan Ijok dulu.Balik br buat homework..Jgn tensen,kalu tensen,rajin2 float depan umah tu..lalala.
Panjang..Tak reti nk pendekkan..sekali sekala pankang takpa.. (",)
Penyakit terbahagi kepada dua, iaitu fizikal dan spiritual. Bagi sistem perubatan moden, masyarakat Barat yang bersifat biology orientation menganggap bahawa penyakit, sama ada berbentuk fizikal atau spiritual merupakan satu tahap nyata atau tersembunyi pada spiritual dan jiwa yang merosakkan kesejahteraan diri seseorang.
Sakit demam juga dikatakan sebagai berpunca daripada faktor-faktor ketegangan, ketidakseimbangan, kecederaan ataupun kerosakan yang dialami oleh pesakit.
Sakit boleh berlaku akibat agen parasit kuman dan sebagainya seperti yang dikemukakan oleh model fisiologik, manakala histeria pula dikatakan berpunca daripada pelbagai faktor, sebagai adaptasi tekanan emosi dalam bentuk fizikal dan didefinisikan sebagai satu reaksi terhadap tekanan yang dialami. Histeria ataupun gangguan mental juga dikatakan sebagai salah satu jalan yang dipilih bagi melegakan tekanan mental dan jiwa yang ditanggung.
Ia juga boleh terjadi akibat adanya masalah-masalah lama yang mengganggu kesejahteraan jiwa dan mental. Segala-galanya terus terpendam dalam jiwa, minda dan mental, lalu akhirnya mencetuskan tingkah laku histerikal.
Walaupun demikian, biarpun punca-punca histeria yang dijelaskan itu benar dan boleh berlaku, namun terdapat banyak mangsa histeria yang tidak mempunyai latar belakang yang berkaitan dengan faktor-faktor atau punca-punca yang dikemukakan. Hal demikian membuktikan tentang adanya satu faktor lain, selain faktor-faktor yang dijelaskan menyebabkan tercetusnya kelakuan histerikal.
Gangguan seperti ini juga sering berlaku pada waktu-waktu tertentu, ketika peperiksaan hampir tiba, ketika diadakan pendidikan jasmani, selepas latihan sukan dan sebagainya seperti yang berlaku di sekolah-sekolah.
Manakala mereka yang terlibat pula kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, sama ada pelajar ataupun pekerja kilang. Ini membuktikan bahawa histeria mudah berlaku di kalangan mereka yang lemah semangat ataupun tidak mempunyai kekuatan roh, yang mengalami depresi emosi dan mental. Kaum wanita adalah golongan yang dianggap mempunyai lemah semangat berbanding dengan kaum lelaki.
Histeria ataupun gangguan mental juga boleh tercetus hasil gabungan faktor-faktor fizikal dan ghaib, faktor fizikal dan mental atau gabungan ketiga-tiganya.
Dalam surah al-Baqarah: 275 terdapat firman Allah yang bermaksud: Orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila.
Menurut al-Qurtubi, ayat ini merupakan salah satu dalil tentang kesilapan mereka yang mengingkari adanya rasukan jin-jin. Mereka beranggapan rasukan itu hanya tindak balas semula jadi, manakala syaitan tidak berupaya merasuk tubuh manusia.
Al-Hafiz Ibn Kathir pula mentafsirkan bahawa mereka yang melibatkan diri dengan sistem riba tidak berasa tenang. Keadaan mereka seperti orang yang kena rasuk dan selalu meracau. Satu keadaan yang keji lagi buruk. Menurut Al-Alusi pula, perkataan “al- masa” yang terdapat dalam surah al-Baqarah: 275 bermaksud “gila”.
Dinamakan demikian kerana syaitan itu apabila merasuk dan menguasai tubuh manusia itu akan bertindak atau mengganggu yang boleh menyebabkan mangsanya sasau (gila) atau mencetus perilaku histerikal.
Ibn Mas’ud ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya yang bermaksud: Apabila Rasulullah bersembahyang, baginda membaca: Wahai Tuhanku aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan syaitan yang direjam, juga daripada rasukan, daripada godaan dan disihirkan.
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim dan disahkan sahih serta dipersetujui oleh Adz- Dzahabiy. Turut diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tarmiziy dan An-Nasaiy daripada hadis Abi Said Al-Khudriy.
Rasukan adalah salah satu jenis penyakit gila yang boleh menjejaskan kehidupan seseorang insan. Namun begitu apabila si mangsa pulih, keadaannya akan pulih seperti sediakala sama seperti orang yang bangkit daripada tidur atau sedar daripada mabuk.
Hadis ini boleh dijadikan dalil ataupun hujah wujudnya penyakit akibat rasukan jin terhadap manusia. Rasulullah membaca doa perlindungan (yang bermaksud di atas) untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut.
Abi Al-Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berdoa dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kerana tua, daripada ditimpa keburukan, kecelakaan, kedukaan, kebakaran serta lemas. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada dirasuk syaitan di saat- saat menghadapi kematian. Lindungilah akan daku daripada ditikam curi (dibunuh), ketika berjihad di jalan-Mu. Dan aku berlindung dengan- Mu daripada mati dipatuk binatang bisa – maksud hadis riwayat Abu Daud dan Am-Nasaiy.
Safiyyah binti Huyyai berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu mampu bergerak dalam tubuh anak adam melalui saluran-saluran darah Muttafaq alayh.
Ubai Ibnu Ka’ab pernah berkata: Ketika aku sedang bersama-sama Rasulullah seorang Badui telah datang menemui baginda lalu berkata:
“Wahai Nabi Allah, aku mempunyai seorang saudara yang sedang dihidapi penyakit.” Rasulullah bertanya apa sakitnya. Lelaki tadi menyatakan:
“Dia terkena sakit sasau.” Lalu baginda menyuruhnya agar membawakan saudaranya itu menemui baginda.
Pesakit dibawa menghadap dan duduk di hadapan nabi. Baginda telah berdoa memohon kesembuhan bagi pesakit tadi, lalu dengan izin Allah, sembuh.
Peristiwa-peristiwa seperti ini banyak tercatat dalam hadis-hadis, membuktikan bahawa sakit seperti ini sememangnya wujud dan pernah berlaku di zaman Rasulullah juga pada zaman sahabat.
Pemahaman atau keyakinan seseorang terhadap punca penyakit itu bergantung kepada ilmu yang dimiliki dan pengalaman yang diharungi. Jelasnya, penyakit sama ada berpunca daripada gangguan fizikal atau spiritual, ia tetap mengganggu kesejahteraan seseorang.
Kemudahan teknologi moden berupaya mengatasi masalah yang berkaitan gangguan fizikal, iaitu dengan adanya hospital, klinik- klinik dan sebagainya yang dikaitkan dengan kepakaran bidang masing-masing. Sakit gangguan spiritul pula dikaitkan dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional, juga mereka yang arif tentang agama.
Sering berlaku sakit yang berkaitan fizikal, dibawa bertemu dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional dikatakan berpunca daripada gangguan, sihir, saka, penunggu dan sebagainya, yang menyebabkan kecelaruan di mana dalam keadaan tertentu usaha-usaha penyembuhan itu melalui laluan yang begitu panjang menyebabkan penyakit menjadi lebih serius dan sukar untuk diselamatkan.
Doa-doa yang boleh di amalkan.
*. Baca al Mathurat pagi da petang.
*. Ayatul kursi dan al Muawwizat (surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq & Surah An Nas)
Surah Yunus: 81&82, Al ‘Araaf : 118-122,Thaahaa: 69, An Nisa’: 84, Yusuf: 64
Sahabat..Kawan..Keluarga..
Monday, June 15, 2009Membangkitkan kenangan lalu
Kita bertamrin
Mendidik hati yang satu
Dalam menuju keredhaan Ilahi
Unggas rimba
Berkicau ria
Menyanyi lagu
Madah pujangga
Dan memuji kebesaran-Nya
Pencipta maya
Embun menitik jatuh berderai ke bumi
Mengiringi terbitnya mentari pagi
Embun kering hilanglah pagi berseri
Lumrah perjalanan alam ini
Kita sama saling mentarbiyah diri
Menangisi dosa waktu malam sepi
Mengabdikan diri kepada Ilahi
Demi cinta sejati
Demi sebuah cinta yang suci murni
Kepada-Mu Allah aku serahkan
Segala amalan sebagai ukuran
Iringi doa aku panjatkan
Demi kedamaian
http://www.geocities.com/nazrie_5799/Nostalgia.MP3
Bila dengar nasyid ni.teringat zaman kampus..teringat kawan-kawan.. teringat sahabat-sahabat..
bila sesekali berjumpa..manis dan indah sekali walaupun hanya sejam bersua.
Kesusahan dan kegembiraan dikongsi bersama.
Berlalunya 2 hari lepas dengan hati yg sukar ditafsir..nasi tak membuka selera untuk dijamah.Tatkala ingin bersama dengan seorang yg bernama kawan, sahabat dan juga keluarga di hari walimahnya.
Berlalunya dengan perasaan terkilan tidak dapat turut serta.Walaupun segalanya sudah diatur.Kereta telah digunakan atas urusan yg lebih mustahak.Maafkan Ana.. Benarlah seperti mana ayat Allah
"Kita merancang, Allah juga merancang,Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik."
Hati begitu terkilan kerana dia adalah kawan,sahabat dan keluarga yg bersama dikala sama2 ditimpa masalah.Sama2 hadapi walaupun perit dikata pelbagai tohmah.Kemanisan bersahabat dan berkeluarga tidak dapat dikecapi selagi belum diuji.
Mereka yg bersama dikala itu adalah sahabat,kawan dan adik-adikku..Hilangnya mereka sekarang hanya sekadar dimata tetapi tak hilang hati, Insya Allah.
Silent inspiration..
Wednesday, June 10, 2009i'm sorry..
Silent inspiration : Punctured Tyre Repair
Sesungguhnya kita cukup tabah jika .....Ingatlah kepada kejayaan-kejayaaan yg pernah kita kecap. Sesungguhnya kita cukup tabah menempuh arus kesukaran jika kesukaran itu benar-benar perlu dilalui.Kita cukup tabah.Kekadang kita tak menyedarinya.Oleh itu, kita perlu sedar dengan ketabahan dan kemampuan kita.

Sekali lagi perlu ditekan, kita mempunyai ketabahab dan kemampuan.
HARI INI DALAM SEJARAH
Monday, June 08, 2009"Tak payah tunggu ambulan,lambat sgt..lagi cepat lg bagus dr tunggu ambulan..Cepat dapat rawatan.Menyesal tak sudah lepas ni kalu jd apa kt depa ni.."
Pas pakcik tu hantar ke suami isteri ke hospital, 10 minit kemudian br ambulan sampai.Isk3x...
Moral of story :
1.Berhati-hati dijalan raya.Walaupun kenderaan kita full spec safety. Vios cthnya... (",)
2.Jangan dilupakan mati itu benar dan setiap orang akan mati.
3.Jika masih mempunyai datuk dan nenek,ziarah la mereka.Kerana kita pernah bermanja dikala kecil dulu.

SEMUANYA AKAN BERLALU
Saturday, June 06, 2009Ketika kita mengalami masa yang gelap, cuba bandingkan dengan situasi ketika melalui terowong keretapi itu.Tiba masanya kita akan keluar dari kegelapan itu.Tidak mungkin kita akan berada dalam kegelapan terus menerus.
SPM 10 subjek:Subjek agama dipinggirkan?
Monday, June 01, 2009
‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” katanya. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan subjek dalam SPM kepada 10 subjek sahaja kelihatan keputusan yang tergesa-gesa tanpa mengambil pendapat semua pihak.
Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan.Subjek Pendidikan Islam juga akan diserapkan sebagai matapelajaran elektif sebaris dengan subjek elektif yang lain berbanding dahulunya ia adalah subjek teras yang wajid diambil oleh setiap pelajar beragama Islam.
Subjek-subjek lain juga seperti Syariah Islamiah, Al-Quran Dan As-sunnah dan Bahasa Arab Tinggi merupakan subjek-subjek tambah nilai kepada pelajar aliran agama.
Peminggiran subjek-subjek agama ini akan merugikan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah agama di seluruh negara.
Selain daripada itu, subjek-subjek teras Sains seperti Biologi yang merupakan subjek pilihan kedua kepada Fizik di kalangan pelajar-pelajar juga mungkin terpinggir melalui keputusan terbaru kerajaan ini. Subjek-subjek non-technical seperti Prinsip Akaun, bahasa-bahasa antarabangsa dan seni lukis juga bakal terjejas.
Pembentukan generasi muda yang serba boleh (well-rounded) bakal terbantut dengan pengkhususan akademik bermula seawal SPM. Pelajar aliran Sains-Agama atau Sains-Sastera bakal berkurangan dari masa ke masa.
Alasan kerajaan yang mahukan guru lebih fokus kepada subjek teras juga kelihatan dangkal kerana guru-guru telah pun membuktikan kemampuan mereka dalam membantu pelajar berjaya dengan cemerlang dalam SPM.
Selain daripada itu, kita percaya pemerkasaan insitusi perguruan adalah penyelesaian lebih praktikal berbanding pengehadan subjek-subjek dalam SPM.
Semoga kerajaan dapat membuat kajian lebih menyeluruh mengenai keputusan terbarunya ini.



