Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati?.
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri
bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'
Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ....
Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN
Hanya kerak nasi untuk MAK
Monday, May 26, 2008Selamat Hari Guru
Friday, May 16, 2008
KATAK KURANG UPAYA
Tuesday, May 06, 2008
"Tuan-tuan dan puan-puan katak, Hari ini kita bakal menyaksikan satu-satunya pertandingan yang julung julung kali diadakan, iaitu pertandingan berenang merentasi tasik titiwangsa. Hadiah kali ini cukup istimewa. Pemenang pertandingan ini akan dianugerahkan gelaran Putera Katak dan 100,000 ekor lalat!
Semua katak-katak yang mengambil bahagian, sila ambil tempat masing masing". Katak-katak yang hadir mengambil tempat masing. ada yang berteduh dibawah daun keladi, ada pula yang menyalut tubuhnya dengan lumpur. Masing-masing bergitu teruja dengan pertandingan yang gilang gemilang yang akan sedang berlangsung ini.
"Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan katak sekelian, pertandingan kali ini agak berlainan sedikit kerana kita menerima penyertaan dari seekor katak KKU (Katak Kurang Upaya) yang bernama Citut. Katak ini pekak telinganya dan juga bisu.. dan hanya mempunyai 2 kaki belakang sahaja! tetapi bersemangat waja untuk menyeberangi tasik titiwangsa!"
"Ong... Ong.. Ong.." sorakkan dari para hadirin tanda memberi sokongan.
Tak kurang jugak yang mengutuk "Booo... Booo... , dah tau tak boleh nak gagah jugak.. nak cari publisiti lah tu.."
Kegarisan...
Sedia...
Mula..
POnnnnn!!! siren dibunyikan tanda bermulanya pertandingan merentasi Tasik Titiwangsa bagi peringkat Katak-Katak seMalaysia.
Penuntut bersorak sorai memberi sokongan kepada ahli keluarga, rakan karib, rakan setempurung dan sebagainya. Ketika perlawanan berlangsung.. semua peserta kelihatan berenang dengan pantas.. namun begitu kelihatan seekor katak berenang terhoyong-hayang. Ramai yang ketawakannya.
"Kau tengok Citut tuh, dah tau tak boleh.. nak gagah jugak.. hisshh.."
"aa'ah.. terkedek-kedek macam katak!
"eh bukan die memang katak ker?
"owh lupe.. die kate.. eh kita pon katak jugak kan?"
"a'aah la.. lupe lah.. hisshh."
"hahahaha.. dah-dah.. ngarut jerk kau nih.. meh kita nyakat si Citut tuh!"
Weih... citutu sudah lah.. kau tu takkan berjaya sampai ke seberang Tasik tuh.. kaki kau dah la cacat... telinge pulak pekak... bisu pulak tue! takkan berjaya nyer...
A'aah.. sudah la jangan buang mase.. baik ko pergi minta sedekah lagi baik!
Hahahah...
Setelah 3 Jam pertandingan...
kesemua katak-katak kepenatan.. seekor demi seekor menarik diri dari pertandingan tersebut kerana termakan hasutan penonton yang hadir..
"dah la.. korang takkan sampai punye.. ingat dekat ker..? jauh siuuuttt.. dah la.."
"katak juara Olympic pon tak lepas seberang tasik ni.. ni pulak hampa.."
Tak kurang juga peserta yang berhenti dan bertikam lidah dengan pononton yang cuba menghasut.
"Korang ni tak de kerje lain ker? bukan nak bagi semangat dekat kami.. dah tu.. siap kutuk lagi.."
ada diantara mereka yang terlibat dengan pergaduhan. ada yang dibunuh.. mati katak.
Namu begitu.. si Citut yang pada mula di belakang terus berenang dengan semangat.. cercaan dan hinaan penonton di tebing, disangkakannya adalah sorakkan untuknya. Semakin kuat cercaan, semakin kuat dia mendayung..
"Ah.. tak sangka begitu ramai yang memberi sokongan kepadaku.. Ish.. aku tak leh hampakan mereka!" Suara hatinya membisikkan kata semangat.
"Ya, Allah, bagilah aku kekuatan untuk sampai ke penghujungnya. Aku nak balasi sokongan mereka dengan kejayaanku Ya Allah" Rayu si Citut kepada Allah mohon agar di beri kejayaan.
Seekor demi seekor, si Citut dapat tewaskan dan akhirnya, si Citut berjaya tiba ke Hujung Tasik Titiwangsa tersebut. Sekaligus memenangi hadiah pertandingan persebut.
Ha.. begitu jugak dengan kita, walau apa pun kita lakukan.. walaupun kita serba kekurangan.. ade banyak kelemahan dan kekangan.. kita tetap kene lakukan dengan bersemangat! anggap kritikan, hinaan, cercaaan daripada "suara-suara ghaib" itu sebagai pendorong dan motivasi untuk kita capai apa yang kita sasarkan.
Bisukan mulut kita daripada menjawab kritikan-kritikan atau hinaan-hinaan, cercaan-cercaan kerana kita hanya melambatkan kejayaan kita untuk mencapai matlamat tersebut dengan melayani karena "suara-suara ghaib" tersebut.
dan yang paling penting, berdoalah kepada Allah agar dimudahkan segala urusan kita, memudahkan kita mencapai matlamat yang telah kita sasarkan itu.
"Dan Tuhanmu berfirman: ""Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina" (Al Ghafir:60)
So as conclusion;
"Do your best, Beat the rest, Ignore the "press" and Dua for success"
JANGAN TINGGAL DAKU
Monday, April 28, 2008Surat Cinta
Tuesday, April 15, 2008BERDOSAKAH SI GURU MENDIDIK ANAK MURIDNYA ??
Wednesday, April 09, 2008Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.
Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari.
Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.
Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.
Tugas Guru Dijadikan Nilaian
Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..
Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam.
ALLAH KNOWS
Thursday, April 03, 2008JANGAN MEMPERBODOHKAN ORANG LAIN
Monday, March 24, 2008Bagaimana hendak menguji orang sebegini..Buat-buat bodoh dan bertanya pada orang tersebut tentang ssesuatu yang jawapannya sudah ada dalam “poket” kita.Jika jawapan menyimpang jauh, sahlah dia memperbodohkan kita.Orang yang pandai akan segera mengakui, “ itu saya tak tahu,tolong terangkan..”.

Jangan diamalkan perangai suka memperbodohkan orang.Mungkin di depan kita terdapat orang yang lebih jauh pandai daripada kita.Susah nanti apabila jadi bahan gelak orang lain.
BERCAKAP HANYA APA YANG TAHU SAHAJA, TIDAK TAHU BERTANYA.JANGAN MALU BERTANYA BAGI BELAJAR
MAULIDUR RASUL, MEMPERINGATI atau ADAT
Friday, March 21, 2008Sekadar renungan bersama, apa yang sy dapat dari khutbah Jumaat oleh Menteri Besar Kelantan, Tn Guru Nik Abd Aziz di Masjid Al Bukhari, Alor Setar, Kedah.
Maulidur Rasul merupakan sambutan yang dibuat di zaman solafussoleh.Zaman sebelumnya samada dizaman Rasulullah,sahabat serta tabi’en tidak diadakan sambutan tersebut.
Sambutan tersebut diadakan selepas orang Islam melihat golongan Yahudi menyambut hari kelahiran Isa pada setiap 25 Dis dimana diberi cuti pada hari tersebut.
Sambutan Maulid adalah sambutan kelahiran Baginda SAW.Ia sama seperti manusia lain.Baginda sama seperti kanak-kanak kampung yang lain.Perbezaannya ketika usia 40tahun.Kerana usia 40tahun, Baginda diangkat menjadi Rasul.
Kewajipan bagi seorang Rasul yang mendapat wahyu ialah menyampaikan.Andai kita tidak menuruti segala perintah dan tegahan yang terkandung dalam Al quran dibawa oleh Rasululullah, kejayaan pada diri sekadar separuh iaitu hanya di dunia sahaja.
WALLAHULAM
SINAR..
Friday, March 14, 2008Apa yang pasti, moga perubahan yang berlaku menjadi iktibar dan seterusnya bergerak menuju matlamat yang asas iaitu mujtama’ muslim ( masyarakat muslim) serta daulah Islamiyah ( negeri berlandaskan Islam)

Bagi yang penah menghadiahkan penyapu,manfaatkanlah wahai tukang penyapu di sector awam baik di sector swasta apatah lagi yg melibatkan pesakit bertaraf elit.Putrajaya contohnya. HEHE
Moral :
Ketabahan adalah lebih hebat dari kekuatan
MEMILIH DENGAN BIJAK
Thursday, February 28, 2008Dr Asri Zainul Abidin
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT
Saya berpesan pada diri saya dan tuan-tuan yang dirahmati Allah. Marilah kita takut Allah Azza wajalla.Dan janganlah kita mati melainkan kita dalam keadaan menyerah diri kepada Allah.
Seminggu dua ini, suasana Negara kini panas dengan pelbagai khabar, percakapan, berita kesemuanya berkisar berhubung dengan pilihanraya yang akan berlaku dalam Negara ini.Dimana rakyat diberi peluang untuk memilih dan menentukan kepimpinan atau pemimpin yang dipilih ditempat mereka. Ia bukanlah suatu yang kecil, semudah ataupun seringkas kita memangkah di atas sekeping kertas tetapi ia adalah menunaikan amanah yang telah Allah SWT sebutkan ……..
Maksudnya :
Allah SWT memerintah kamu supaya kamu menunaikan amanah, kamu memberikan amanah kepada ahlinya yakni kepada sesiapa yang layak dan memerintahkan kamu agar apabila kamu berhukum, menjatuhkan hukuman di kalangan manusia,hendaklah kamu berhukum dengan adil. Allah memberi kurniaNya dengan Dia menasihatkan kamu sesungguhnya Allah SWT maha medengar lagi mengetahui.
Nabi SAW menyebut dalam hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim……
Sesungguhnya roh, roh insan, roh kita ini, berbagai-bagai jenis.Apa yang dia kenal di antara satu sama lain, maka dia akan cenderung kepadanya. Apa yang dia tidak kenal, maka dia akan berselisih pendapat. Roh orang-orang yang beriman akan cenderung kepada orang-orang beriman. Roh orang-orang yang fasik akan cenderung kepada orang-orang yang fasik. Roh orang-orang yang ingin kebaikan akan cenderung kepada orang yangg ingin kebaikan. Roh orang-orang yang inginkan kejahatan, akan cenderung kepada orang-orang yg inginkan kejahatan.
Maka dalam pemilihan menentukan kepimpinan, seseorang hendaklah tahu bahawasanya, pemilihan yang akan dilakukan olehnya akan mempunyai kaitan dengan nilai perasaan roh dan jiwa. Kerana seorang insan yang soleh akan mencari rakan yang soleh, dan seorang yang tidak soleh akan mencari orang yang tidak soleh.
Al Quran dalam surah Al Maidah, Allah menyebut ….
Sesungguhnya yang menjadi pemimpin kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang menunaikan solat, yang mengeluarkan zakat, dan mereka itu ruku’ bersama dengan orang-orang yang ruku’.
Maka hendaklah pemimpin yang dipilih dikalangan kaum muslimin.Setelah mempunyai ciri-ciri kewibawaan, kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan, dia mestilah juga terlebih dahulu seorang yang menunaikan solat. Jika wajahnya tidak kelihatan di masjid, bukan orang yang menghadiri solat berjemaah bersama makmum, tidak ruku’ bersama orang-orang yang ruku’, tidak dikenali sebagai ahli solat, orang yang mendekatkan diri dengan Allah, maka dia tidak layak menjadi kepimpinan Umat Islam, maka dia tidak layak memimpin umat Islam. Hendaklah pemimpin umat Islam,pemimpin yang mendirikan solat. Sehingakan
Nabi SAW melarang memerangi pemerintah, kata Nabi ……
Tidak! Selagi mana mereka itu mendirikan solat.
Apabila pemimpin tidak kelihatan wajahnya di masjid, hanya wajahnya menjelang apabila ditampal posternya atau menjelang penamaan pemilihan namanya, maka dia bukan pemimpin orang-orang yang beriman. Mestilah ruku’ bersama orang-orang yang ruku’. Kelihatan pada solat fajar bersama jemaah, kelihatan pada solat isyak bersama jemaah, mempunyai kaitan perasaan dengan masjid, bukan hanya hadir ke masjid apabila ada program rasmi sahaja, menunaikan zakat, membelanjakan harta untuk perjuangan pada jalan Allah, membelanjakan harta untuk kebaikan umat Islam. Ramai orang boleh membelanjakan ribuan,ratusan ribu hartanya untuk politiknya.Tak ramai yang boleh membelanjakan hartanya semata-mata kerana Allah Azza Wajalla, untuk kepentingan agama, tanpa dicampur-adukkan dengan kepentingan diri. Jika ciri itu dimiliki dia adalah pemimpin orang beriman.
Di dalam riwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya Imam Bukhari menyebut kata-kata Umar Ibnu Al Khattab RA ……..
Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, mempelajari hukum-hakam,mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah.Tidak boleh orang jahil menjadi pemerintah, tidak boleh orang jahil menjadi pemimpin. Mestilah kita umat Islam pandai dalam membuat pemilihan.Sesiapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendengar pengajian yang benar, mendekatkan diri kepada Allah, dia layak menjadi pemimpin kita kerana dia telah menjadikan dirinya memahami agama. Bukan sekadar menganjurkan majlis agama tetapi dia mesti memahami agama, mesti memahami syariat Allah, mesti memahami hukum-hakam syarak, hadir memahami agama.Jangan akhirnya dia bercakap sesuatu yang bercanggah dengan agama.Maka jika dia tahu agama, zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehan dan dari segi penampilannya, tanda-tanda orang yang tunduk dan ruku’ kepada Allah, pakaiannya, pakaiannya anak isterinya melambangkan dia faham hokum-hakam Allah. Maka jika itu berlaku, itulah yang disebut oleh Allah S.W.T , yang disebut Rasulullah S.A.W yang ditegaskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,
Mimbar ini tidak berkempen untuk sesiapa, bukan kepentingan kita untuk berkempen, kita menyeru umat Islam menggunakan akal dan imannya, apabila mereka menentukan kepimpinan untuk dirinya. Janganlah ketaksuban kepada puak golongan parti menyebabkan kita membutakan mata dalam menentukan keputusan yang diredhai oleh Allah dan Rasulullah SAW. Allah SWT menyebut dalam Al-Quran……..
Jadilah orang-orang yang menegakkan kebenaran, saksi yang adil kerana Allah, janganlah kamu jadikan kebencianmu kepada sesuatu puak menyebabkan kamu tidak adil. Adillah, sesungguhnya adil itu dekat kepada taqwa. Takutlah kamu akan Allah, sesungguhnya Allah SWT Mengetahui apa yang kamu lakukan.

Marilah kita bertaqwa, beristikharah kepada Allah didalam memilih sesiapa sahaja dikalangan kita supaya pemilihan itu mendapat keredhaan dari Allah.
KISAH KUPU KUPU
Saturday, February 16, 2008Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya..namun dia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, sayap sayapnya berkerut..orang tersebut terus mangamatinya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan terus berkembang seiring dengan berjalannya waktu. namun.... semuanya tak terjadi.
Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh yang kembung dan sayap sayapnya yang berkerut.. dia tidak boleh terbang.
Sifat baik yang tergesa gesa orang itu menyebabkan dia tidak memahami bahawa kepompong itu merupakan halangan dan perjuangan yang perlu ditempuhi oleh kupu kupu tersebut. lubang kecil kepompong tersebut adalah cara dan jalan tuhan untuk memaksa cecair dalam tubuh kupu kupu tersebut mengalir ke sayap sayapnya. maka dengan cara itulah kupu kupu boleh terbang dan bebas dari kepompong tersebut.
Tanpa halangan dalam perjuangan Kita mungkin tidak dapat 'terbang'. sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Kita memohon kekuatan dan Tuhan memberi kita kesulitan demi kesulitan untuk membuat kita tegar.
Kita memohon kebijaksanaan dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.
Kita memohon kemakmuran dan Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.
Kita memohon keteguhan hati dan Tuhan memberi bencana dan bahaya untuk diatasi.
Kita memohon cinta dan Tuhan memberi kita orang orang bermasaalah untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita memohon kemurahan dan kebaikan hati dan Tuhan memberi kita kesempatan kesempatan yang silih berganti.. begitulah cara Tuhan membimbing kita.
Apakah jika saya tidak memperolehi apa yang saya inginkan.. bererti saya tidak mendapatkan segala yang saya perlukan?..
Kadang Tuhan tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal.. bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan.. padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..
Sesungguhnya segala yang tersembunyi yang kita tidak tahu...sebaliknya sangat diketahui oleh ALLAH..
Senang atau Susah
Ulama menasihati supaya “jangan minta kaya, tapi minta senang”. Sekiranya kita minta senang, walaupun tak kaya, hidup sederhana tetapi hati senang, segala-galanya menyenangkan dan menenangkan.
Jadi, bijaklah membuat pilihan ... (",)
Bukan Satu Garis Lurus
Monday, February 11, 2008
KISAH RUMPUT
Saturday, February 02, 2008seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh
mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling
kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.
Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu
berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih
mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu
petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan
selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar
tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka
cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi
saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ,
saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu
kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil
mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di
penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke
belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang
yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada
itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga
yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang
kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan
ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti
rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,
maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana
jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti
sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki,
jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
PERCAYA
Wednesday, January 30, 2008Apakah yang menyebabkan wujudnya perasaan aman, tenteram dan terlindung itu?
Dia mempercayai kita dan tidak mencaci keburukan kita yang sememangnya terdapat pada semua orang.Dia tidak bertindak seperti polis dan menghina.Sudah tentulah orang yang mampu membuat kita berasa aman dan juga mententeramkan hati kita adalah seseorang yang mempunyai ketenteraman hati dan aman.Adalah mustahil seseorang itu memberikan sesuatu yang tidak dimilikinya kepada orang lain.
Apakah yang menyebabkan seseorang itu mempunyai ketenteraman hati? Jawapannya ialah KEPERCAYAAN.

Kepercayaan asas kehidupan.Tanpa kepercayaan tidak akan ada hidup yang sejati.Tanpa kepercayaan akan menyebabkan kekacauan dan kesusahan.Tanpa kepercayaan hidup ini akan dirasakan serba mengelisahkan dan membingungkan hinggakan tidak sesuai dinamakan hidup lg.
Sebenarnya kepercayaan itu sesuatu yang amat penting sebagai asas meneruskan kehidupan dengan berani.Kehidupan rohani sama seperti kehidupan jasmani yang terdapat 3 asas iaitu :
Pertama : Percaya kepada hidup
Kedua : Percaya kepada orang lain
Ketiga : Percaya kepada diri sendiri.
INGAT DAKU WAHAI SAHABAT
Tuesday, January 22, 2008
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan.
Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Janganlah aurat ku didedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan.
Ingati daku
Hakikat diri ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya.
Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan.
Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan.
SILENT MODE
Monday, January 14, 2008Ingatkan 1429H merupakan tahun azimat bagi semua kerana nyaris akan berlaku "SILENT MODE” (petikan dr sebuah blogger).
13 Jan 2008, jam 7.01 malam, jalan lebuhraya Changlun-Alor Setar hampir berlaku peristiwa tragis antara diri ini dan motorku @ bura’. ;)
Walaubagaimanapun, Allah Maha Kuasa Lagi Maha Penyayang..Diri terselamat dari kemalangan jiwa.Tayar belakang pancit on the way nak balik rumah.Selalunya, jika tayar pancit, motor akan bergerak dalam keadaan bergetar-getar kerana tiada angin.
Ini tak, tiada tanda akan pancit.Tengah bergerak, tak pasal pasal motor thoyong hayang.Alhamdulillah ruang sebelah kiri luas dan kelajuan moto pada waktu tu pun standard ja.kalu tak 360degree gak gamaknya.
Memang Allah tolong hambaNya ni.lagi.Takdir Allah.Seberang jalan terdapat kedai motorsikal.Allahu Akbar.
SELAMAT TAHUN BARU
Sunday, December 30, 2007
Saya petik PESANAN NABI MUHAMMAD SAW kepada SAHABATNYA, ABU HURAIRAH RA dari kuliah Maghrib sebelum ni.Fikir-fikirkanlah …. ;)
1.Bertaqwalah kepada perkara haram, kamu akan menjadi hamba Allah yang setia.
2.Jadilah manusia yang kuat redhanya, kamu akan menjadi sekaya-kaya manusia.
3.Berbuat baiklah pada jiran, ia adalah sebaik-baik mukmin.
4.Sukalah dan menyayangi manusia lain seperti kamu suka disayangi, kamu akan menjadi semuslim-muslim manusia.
5.Jangan banyakkan ketawa, sesungguhnya ia akan mematikan jiwa.




