Kisah anak paderi memeluk agama Islam
Tuesday, June 12, 2007*******************************************************
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,p akaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah - Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. –
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau.... "
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur.Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar- Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.
Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan.
Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya.Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama.....
...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-ka wan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam.
Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll.
Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.
New book
Saturday, June 09, 2007
70 HADIS KELEBIHAN JIHADbuku ini merupakan himpunan hadis tentang kelebihan jihad hasil nukilan seorang ulama' silam yg dikenali dengan al Imam Ibnul Battah.
Buku diterjemahkan disamping huraian-huraian ringkas untuk menambahkan kefahaman tentang maksud hadis yg berkaitan.
Terdapat 14 fasal.
Fasal 1 : Kelebihan jihad
Fasal 2 : Niat & Keikhlasan dalam jihad
Fasal 3 : Membelanjakan harta di jalan Allah
Fasal 4 : Ganjaran menjaga kubu Islam
Fasal 5 : Ganjaran mengawal di jalan Allah
Fasal 6 : Kelebihan kuda
Fasal 7 : Kelebihan mati syahid
Fasal 8 : Jenis jenis mati syahid
Fasal 9 : Mati kerana taun adalah syahid
Fasal 10: Persiapan untuk jihad
Fasal 11: Meninggalkan kewajipan jihad
Fasal 12:Peperangan di laut
Fasal 13: 7 perkara yg membinasakan
Fasal 14: Mencuri harta rampasan
Keputusan majoriti hakim 2:1 tolak permohonan Lina Joy
Monday, June 04, 2007Keputusan yang ditunggu-tunggu itu disambut dengan gemuruh takbir oleh lebih 500 umat Islam yang hadir sejak awal pagi di perkarangan Mahkamah Persekutuan, dekat sini.
Walaupun permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada umat Islam.
Menurut keputusan mahkamah, Lina Joy, yang telahpun menukarkan agamanya kepada Kristian, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.
Ahmad Fairuz berkata JPN berhak untuk mengenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.
Menurut laporan Bernama, Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.
Pada 2 Feb 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.
Produk paling laris tetapi tidak halal...
Sunday, May 20, 2007Moga mandapat manfaat..
****************************************
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :
1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR. JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/
Sekian wassalam.
Guruku
Sunday, May 13, 2007Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Aku anggapkan sebagai ibubapaku
Wahai Guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang ku sanjungi
Guruku
Segala kepahitan
Akan ku balas dgn kejayaan ku
Akan kubuktikan kepadamu
Wahai guruku
Selamat Hari Guru……..
Terima kasih cikgu-cikgu,ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah….
Segala nasihat takkan kulupakan…..
Kata-katamu akan tetap dihati
Kenapa....???
Friday, May 11, 2007Sesungguhnya Allah telah turunkan semua jawapannya kepada kita. Di mana? Bukankah Al-Quran itu panduan hidup sepanjang zaman?
Kenapa Aku Diuji ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa Ujian Seberat Ini ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
Rasa Frust ?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111 Kepada Siapa Aku Berharap ? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
Aku Tak Tahan !
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12
Kalimah Allah Di Tangan Presiden Chechya
Wednesday, May 02, 2007
Laman web Daymohk menyiarkan gambar Presiden Chechnya Sheikh Abdul Halim yang syahid. Pada gambar tersebut tertera Perkataan Allah yang terjadi dari aliran darahnya. Gambar ini diambil sebaik sahaja selepas pihak musuh menemui Mayatnya elepas pertempuran di bandar Argun berakhir. Pihak musuh Masih belum mengurusi pengkebumian mayat Amir Mujahiddin itu dan mereka mendedahkannya untuk mengaibkannya.
"Lihatlah wajahnya”, terkeluar kata-kata dari salah seorang Munafiq yang terpegun melihat wajah asy-Syahid Sheikh Abdul Halim seolah-olah terdapat tanda-tanda nur pada wajahnya. Munafiq kedua yang boleh membaca dalam bahasa Arab menjelaskan: “Dan lihatlah pada tangannya juga. Terdapat darah yang tertulis perkataan ALLAH”. Salah seorang dari mereka telah sempat merakamkan gambar asy-Syahid Sheikh Abdul Halim dengan menggunakan telefom bimbitnya. Mereka berdua tidak menyentuh wang (yang akan digunakan oleh Mujahiddin) yang bertaburan di samping Sheikh. Kemudian datang sekumpulan munafiq dan kafir yang lain ke tempat terbaringnya pemimpin Chechnya iu dan mereka mula menyelongkar mayat Asy-Syahid, mencuri wangnya dan mengambil semua barang berharga dari poketnya. Kemudian mereka mengikat mayat asy-Syahid pada kenderaan mereka dan mula mengheret mayat asy-Syahid.
Nostalgia
Saturday, April 28, 2007kita bertamrin mendidik hati yg satu
dalam menuju keredhoan ilahi
menyerah diri dengan sepenuh hati
unggas rimba berkicau riang
menyanyi lagu madah pujangga
dan memuji kebesaranNya
pencipta maya
embun menitis jatuh berderai ke bumi
mengiringi terbitnya mentari pagi
embun kering hilanglah pagi berseri
lumrah perjalanan alam ini
kita sama saling mentarbiah diri
menangisi dosa waktu malam sepi
mengabdikan diri pada ilahi
demi cinta sejati
demi sebuah cinta yang suci murni
kepadaMu Allah
aku serahkan
segala amalan sebagai ukuran
kini doa aku panjatkan
demi kedamaian
antara adat dan syariat
Thursday, April 26, 2007Doktor Didengari, Ustaz Dimarahi
Sunday, April 22, 2007
Apabila kita sakit ataui mengadu kesakitan, kita akan pergi ke hospital atau klinik. Doktor mesti ditemui. Nasihat beliau mesti diminta.Kalau tidak ditemui, sakit seakan-akan makin bertambah, atau perasaan masih belum puas. “Kena tanya doktor jugak.” Kadang-kadang penyakit itu tidaklah kronik atau kritikal, tetapi ia mempunyai kesan psikologi kepada pesakit apabila doktor memberikan pandangannya. Solusi
kadang-kadang dengan ubat. Doktor kata: “Ubat ini kena makan 3 kali sehari. 2 sudu teh setiap kali.” Kalau anak tidak mahu makan ubat, kita cukup marah. “Kan doktor dah suruh makan ubat. Kalau nak sembuh, kena makan ubatlah.” Ubat itu pula kadang-kadang bukannya manis, tetapi pahit.
Kadang-kadang kena buat pembedahan. “Penyakit pakcik ni kalau tak buat operation, saya bimbang ia akan lebih melarat.” Maka si pakcik tersebut akhirnya bersedia untuk dibedah walaupun pada awalnya agak keberatan. Kenapa terima? Kerana nasihat doktor. Kedoktoran adalah profesion yang mulia. Para doktor adalah manusia yang bersedia membantu orang lain.
Para alim ulama adalah pewaris Nabi. Mereka tidak mewarisi harta, tetapi mewarisi ilmu, mewarisi agama dan ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi saw. Mereka diutus oleh Allah bagi mengubati masyarakat yang sentiasa sakit. Bukan sakit yang memerlukan ubat demam
dari doktor, tetapi sakit akhlak, sakit aqidah, sakit perangai. Sakit seperti ini juga perlukan ubat. Dan kadang-kadang ubat itu pahit. Nabi menyebut, maksudnya: “Katakanlah kebenaran walaupun pahit.”. Nasihat yang lembut ibarat ubat manis. Peringatan yang agak keras ibarat ubat pahit. Dan ubat yang pahit seringkali boleh menyembuhkan dengan izin Allah. Penyembuhan itu pula bukan sahaja untuk individu, bahkan keluarga ,masyarakat dan negara. Kalau penyakit biasa, ia sembuh untuk peribadi, tetapi penyembuhan penyakit akhlak, aqidah dan perangai adalah lebih menyeluruh.
Para alim ulama yang menegur, menasihat, memperingatkan bermaksud kebaikan untuk orang lain. Menarik tangan mereka dari kesesatan dan kejahatan. Menyelamatkan mereka dari murka
Allah dunia Akhirat. Menjauhkan mereka dari azab dunia Akhirat.
Peranan alim ulama tidak jauh bezanya dengan peranan para doktor. Mereka mengubati pesakit.
Tetapi kenapa nasihat doktor didengari, peringatan ustaz dimarahi?
*jgn marah yek tok dukun :)
Interpretasi Minat - POKOK
Wednesday, April 11, 2007Seseorang yang memilih pokok jati perlu mengubah personality kepada mana-mana pokok yang buahnya boleh dimakan oleh manusia.
Pokok berduri melambangkan keupayaan untuk membantah atau menolak sesuatu perkara.Adakalanya seorang memilih pokok berduri mempunyai cara berbahasa yang boleh menyakitkan hati orang lain jika tak dikawal.
Kelapa
Rajin bekerja
Mudah membantu orang lain
Mudah bergaul dengan orang lain
Disukai ramai
Dikenali ramai
Dipandang rendah
Merendah diri
Boleh buat semua kerja
Sanggup tanggung risiko
Ru
Boleh tolong orang
Tidak mahu tanggung risiko
Membantu tanpa risiko
Durian
Suka membantu orang
Dipandang tinggi
Digeruni orang
Perlu berhati hati dalam percakapan
Mempunyai tenaga yang kuat
Disanjung orang
Rambutan
Nampak berserabut
Suka tolong orang
Low profil
Padi/Serai/Tebu/Pisang
Suka menghambakan diri
Suka tolong diri
Dipandang rendah
Seringkali tidak dihargai orang
Diperlukan untuk buat kerja sahaja
Nangka/cempedak/sukun
Suka tolong orang
Selalu menimbulkan masalah
Tidak semua orang suka
Kangkong/sawi/Bayam
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Dipandang rendah
Sering tidak dipeduli oleh orang
Boleh menghambakan diri
Diperlukan untuk bekerja sahaja
Jati/meranti/cengal/Bunga ros/bunga kertas
Kurang suka/susah menolong orang lain
Berfikir terlalu lama jika diminta pertolongannya
Kuat
Lebih suka kepada aktiviti bersih
Kurang sesuai untuk kerja berat seperti membasuh pinggan mangkuk
Boleh berkata tidak jika ia tidak suka
Kadang kadang ditakuti orang
Sesuai kerja seperti pramugari dan guru
Suka kecantikan
Orkid
Suka menumpang orang lain
Perlu menumpang orang lain
Kadang kadang sombong
Kurang pendirian
Suka kecantikan
Lalang
Tiada pendirian
Dipandang hina
Suak dalam kumpulan
Kaktus
Sukar untuk menolong orang lain
Kata-katanya adakalanya menyakitkan hati
Tahan menderita untuk mencapai apa yang dihajati
Sabar dan tabah
Bonsai
Unik
Mempunyai kemahiran tersendiri
Kreatif
Berpotensi tinggi jika dibentuk dengan betul
Bunga raya
Syok sendiri
Adakala berasa tinggi diri
Tidak diperlukan orang walaupun berkedudukan tinggi
Berjiwa rakyat
Tidak suka kerja berat
Strawberi
Sensitif
Disukai ramai
Dipandang tinggi
Suka majlis yang ada kelas
Banyak kelemahan diri
Fotogenik
Mementingkan gaya
Suka kemewahan dan kesenangan
Suka sanjungan
Limau/oren
Ada pendirian
Disukai ramai
Senang bergaul
Suka tolong orang
Golongan sederhana
Boleh bergaul dengan high class
Berani beterus terang
Mudah dfahami kehendaknya.
Mempelam
Suka membantu orang
Disukai orang
Low profil
Ada pendirian
Mempunyai masalah tradisi tertentu
Interpretasi Minat - BINATANG
Manja
Suka tidur
Cenderung untuk malas
Suka bergantung kepada orang
Boleh berusaha terutama perkara yang diminati
Suka bermain
Suka dihargai
Sukar untuk berdikari
Tikus
Berjiwa kecil
Mudah takut
Muah terkejut
Pengecut
Mudah bergaul
Boleh menyusahkan orang lain
Lincah atau cepat bergerak
Kuda
Cergas
Perlu dibimbing untuk kejayaan
Boleh membantu orang lain
Boleh berdikari
Kancil
Suka mengusik
Berjiwa kecil
Cerdik
Banyak muslihat
Boleh berkawan
Mudah popular
Lembu
Bertenaga
Mudah dipergunakan orang
Kelas sederhana
Badan besar
Agak lembab
Patuh pada arahan
Mudah membantu orang
Patuh walaupun terpaksa
Monyet
Unik
Tidak boleh duduk diam
Aktif
Kreatif
Mempunyai kemahiran unik
Kambing
Suka buat bising
Suka bergaul
Cepat mesra dan suka menolong orang
Adakala suka mempermainkan orang
Mudah memberi komen
Harimau / Singa
Garang
Bertenaga
Aktif
Berani
Sering diharap menjadi ketua
Digeruni walaupun bersifat penyayang
Boleh berkawan baik jika kena caranya
Anjing
Suka menegur dank omen jika ada yang tak kena
Setia
Ditakuti
Mudah dibentuk
Cergas
Interpretasi Minat - BURUNG
Pandai mencari peluang
Sering mendapat peluang
Mempunyai tenaga yang kuat
Digeruni orang lain
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Kumpulan kelas atasan
Murai
Suka bercakap atau berbual
Ramah dan bising
Kadang kala mudah menimbulkan kemarahan
Selalu tak tentu arah
Kakak tua
Mudah mesra
Suka bercakap
Ramah
Sesuai jadi guru, jurucakap
Boleh belajar dan diajar
Merpati
Suka berkawan
Mudah didekati tetapi sukar dfahami
Mudah takut
Suka menunjuk nunjuk
Boleh menyusahkan orang lain
Merak
Suka kepada kemewahan
Nampak sombong
Suka bersendirian
Menunjuk nunjuk
Kasawari
Nampak berani
Selalunya nakal
Kurang bertanggungjawab
Sukar untuk mengaku kesalahan
Kelemahannya mudah diperhatikan
Gagak
Pandai mencari peluang
Mudah berkawan
Adakala menyusahkan
Adakala menyenangkan
Nakal
Ramah & Bising
Interpretasi minat - IKAN
Monday, April 09, 2007Cantik
Lemah lembut
Manja
Sensitif
Mudah rasa susah
Perlu perhatian
Perlu dijaga
Hidup terkongkong
Sentiasa bersenang senang
Kembong
Rendah diri
Rajin
Dipandang rendah
Hidup dalam kumpulan
Mudah bergaul
Berjiwa kecil
Dolfin
Cerdik
Kemas
Suka berkawan
Kreatif
Manja
Pandai ambil hati
Pandai berkomunikasi
Suka berkumpulan
Menyenangkan hati orang lain
Tak mudah bosan
Jerung
Ganas
Lasak
Cergas
Kekuatan luar biasa
Lebih suka mengikut kehendak sendiri
Berkawan dengan sejenisnya sahaja
Memilih kawan
Keli
Rajin bekerja
Banyak kerja tapi tak sempurna
Percakapan berbisa
Cergas dan aktif
Tabah
Garang
Terubok
Cerewet
Teliti
Kelas pertengahan
Mudah berkawan
Bersemangat
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Cekap
Patin
Unik
Smart
Manja
Perlu dihormati
Perlu disayangi
Sensitif
Mempunyai nilai diri yang tinggi
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Kelisa
Berpotensi tinggi jika dididik dengan baik
Perlu bantuan orang lain
Boleh berjaya dengan bantun orang lain
Adakalanya hidup terkongkong
Cantik
Puyu
Sukar dipegang
Sukar untuk dikawan
Berjiwa kecil
Berotak kecil
Bawal
Kelas pertengahan
Disukai ramai
Hidup suka berkawan
Mudah sakit
Mudah bosan
Piranna
Bertindak liar/agresif/nakal
Suka mengusik kawan
Selalunya berjiwa kecil
Aktif dalam kumpulan
Paus
Digeruni
Boleh berdikari
Hidup dalam kumpulan tertentu
Suka melindungi
Suka mengembara
Mempunyai tenaga kuat
Sikapnya tenang gerakannya pantas
Kenali diri
Kita mempunyai pelbagai kawan.Setiap daripada kita terdapat pelbagai ragam.Dalam memahami jiwa seseorang.Mahu atau tidak, memerlukan jawapan
bagi persoalan berikut:
- Bagaimana kita melihat dan menerima diri kita sendiri.Adakah kita beranggapan bahawa kita adalah seorang manusia yang bertaraf tinggi, sederhana atau rendah.
- Bagaimana kita melihat orang lain terutama rakan-rakan sebaya atau sekerja.Adakah kita melihat mereka itu manusia yang bertaraf tinggi, sederhana atau rendah.
- Bagaimana jangkaan kita terhadap amalan agama seperti sembahyang dan bersedekah.Adakah komitmen kita itu tinggi, sederhana atau rendah.
- Bagaimana jangkaan kita terhadap keakraban perhubungan dengan rakan dan masyarakat.Adakah keakraban perhubungan itu pada tahap tinggi, sederhana atau rendah
Interpretasi minat adalah salah satu cara untuk mengenal personality.Sirah telah membuktikan bahawasanya ketika Nabi Muhammad diisra’kan.Baginda dibawa 2 minuman iaitu arak dan susu.Nabi kita SAW telah memilih susu.
Lalu Jibril berkata, “ Kepujian bagi Allah yang telah membimbingmu kepada fitrah kehidupan yang terbaik kerana kalau engkau memilih arak nescaya ummatmu akan sesat”.
Interpretasi minat adalah interpretasi yang dibuat kepada sesuatu objek yang diminati oleh seseorang.
Antaranya objek seperti berikut yang dinyatakan secara khusus.
- Ikan
- Burung
- Binatang
- Pokok






