BELAJAR DARI ALAM V

Friday, April 23, 2010
Kita pasti pernah menonton National Geographic.Channel dokumentari berkaitan alam.Apabila kita melihat haiwan, sedikit sebanyak ia memberi pengajaran pada kita.

Marilah kita merenung perjalanan awal hidup seekor rusa.Semasa anak rusa dilahirkan, ia terus jatuh ke tanah dan ditiup udara yang dingin, tanah yang kasar serta angin yang kuat.Semua yang berlaku ini tidak pernah dialaminya selama berada di dalam kandungan ibunya.Namun, si anak rusa tetap berharap si ibu selalu melindunginya.Tetapi, apakah yang berlaku?? Si ibu menendang anaknya hingga si anak jatuh berguling-guling.

Pasti si anak hairan bukan kepalang.Hairan belumpun hilang, ia ditendang lagi oleh si ibu hingga jatuh tetapi ia terus bangkit dan berjalan.Kemudian si ibu berlari lalu mengejar dan menendangnya lagi.Bagi mengelakkan diri ditendang lagi, si anak berusaha melarikan diri.

Apakah pendidikan yang hendak diberikan oleh si ibu kepada si anaknya walaupun nampak kasar?

Haiwan liar suka membaham anak rusa yang baru lahir.Itu sebabnya mengapa si ibu tak mahu anaknya mati sia-sia sebelum dapat berjuang.

HIDUP INI ADALAH SUATU PERJUANGAN.TIADA KEJAYAAN DIPEROLEHI TANPA PERJUANGAN, TIADA HASIL DALAM HIDUP INI TANPA KERINGAT dan AIR MATA.

MATI

Wednesday, April 21, 2010
Semakin jauh kita berjalan, semakin jauh kita meninggalkan pengkalan..Dan kita pun semakin mendekati.. destinasi yang hakiki.. iaitu, MATI !
Justeru kita sebenarnya bukan pergi tetapi kembali.

MATI adalah singkatan bagi Menutup buku Amalan,Taqwa dan Iman

Jadi perjalanan hidup kita ini bukan perjalanan pergi tetapi perjalanan kembali.Maka, apa saja yang kita kerjakan seharusnya membantu kita mencari bekal kembali sebanyak-banyaknya.

CAWAN

Tuesday, April 20, 2010
Welcome back..

Kita mempunyai sebuah cawan berisi air.Lalu kita memegang cawan tersebut.Pada kita, cawan tersebut ringan saja.Cuba kita meluruskan tangan sambil memegang cawan tersebut.Pada mulanya, kita rasa masih ringan.Lama kelamaan, kita terasa cawan tersebut makin berat walaupun hakikatnya kuatiti air tidak bertambah.

Bagaimana kita nak atasi cawan tersebut? Pastinya kita akan meminum air di dalam cawan tersebut atau meletakkan saja cawan tersebut di meja. 

Begitulah juga dengan masalah, jika mempunyai sesuatu masalah, jangan bertangguh-tangguh untuk menyelesaikannya.Cepat selesaikan masalah.Jika kita masih bertangguh-tangguh,lama kelamaan ia menjadi berat untuk diselesaikan.

Kita janganlah terlalu fikir pada masalah saja sehingga mengabaikan kerja lain.Letakan seketika masalah tersebut dan dalam masa yang sama tenangkan hati untuk menyelesaikan masalah tersebut.

PASTI KITA MENEMUI JALANNYA.insya ALLAH

BELAJAR DARI ALAM IV

Tuesday, April 13, 2010
Sebelum azam 5 hari untuk out station memenuhi tuntutan semasa menuju tempat yg masih banyak hutan belantara di hulunya dengan update sedikit blog ni.Pastinya bila disebut hutan, kita akan berjumpa/terbayang pelbagai haiwan dan serangga.

Antaranya,labah-labah yang sering membuat sarangnya di antara pepohon besar.Sarangnya selalu terkoyak/rosak apabila sesuatu besar merempuhnya.

Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.

Oleh itu, janganlah kita membuat tempat berteduh seperti sarang labah-labah.

Apapun kita masih boleh mengambil positifnya sang labah-labah ini iaitu sikap labah-labah yang smart.Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning.

Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya.

Moral of story: Hidup memang perlu smart.

BELAJAR DARI ALAM III

Monday, April 12, 2010
Pasti semua pernah menonton The Antz.Berkisarkan tentang koloni semut.Memaparkan semut bercakap satu sama lain.Mungkin kita semua menonton sekadar hiburan atau mengisi masa lapang bersama keluarga.

Sebenar percakapan/komunikasi antara semut itu adalah benar bukanlah dongeng.

18.  Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari"; Surah An Naml:18

Sains telah membuktikan bahawa semut adalah sejenis serangga yang hampir sama corak kehidupannya dengan manusia.Antaranya :

1.Semut akan menanam semut lain yang mati.Adakah ia menyamai manusia?
2.Mereka mengamalkan sistem yang sama seperti manusia dalam melakukan kerja; terdapat pekerja dan ketua dalam melakukan sesuatu kerja
3.Mereka menukar barang-barang mereka dalam 'pasar harian'.
4.Mereka ber'cakap' pada waktu tertentu
5.Mereka dapat menyimpan biji-bijian dengan lama pada musim sejuk.Apabila bijian itu bercambah, mereka akan memotongnya untuk mengelakan daripada rosak.Jika, bijian tersebut terkena air, mereka akan mengeluarkannya untuk dijemur dibawah panas matahari.

Benarlah, tiada Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.Maha suci Allah yang menciptakan alam ini setinggi-tinggi kejadian.

Malulah kita sebagai muslim jika menafikan sebahagian kehidupan ini semata-mata mengejar cita-cita & kerjaya dengan mengetepikan hubungan silaturrahim sesama masyarakat sekeliling.
AYUHLAH KITA BERUBAH !!

KEKUATAN DISEBALIK KRITIKAN

Thursday, April 08, 2010
Pernahkah diri dikritik oleh seseorang ?

Kita selalu dikritik bilamana melakukan sesuatu perkara atau memberi cadangan yang tidak pernah dibuat sebelum ini.Lazimnya, apakah perasaan bilamana kita dikritik?

Sedih, kecil hati, marah atau bertambah bersemangat...

Malang sungguh apabila diri dikritik, kita terus terhenti daripada melakukan  sesuatu perkara dengan alasan / harapan tidak mahu lagi dikritik.

Kritikan itu sebenarnya menjadi daya penguat untuk terus ke hadapan, jauh meninggalkan si pengkritik ke belakang.

Ayuh !! Kita berusaha demi kebaikan agama dan masyarakat.Jangan terhalang kerana kritikan sebaliknya jadikanlah kritikan itu sebagai SUMBER KEKUATAN.


SUKAN PASTI KANGAR

Tuesday, April 06, 2010
Sukan PASTI (SUKPA) Kawasan Kangar bertarikh 4 April 2010 ( Ahad ) bertempat di D' Futsal Centre.

AYAM & ULAR

Sunday, April 04, 2010
Setiap makhluk mempunyai musuh masing-masing.Contohnya ayam, musuhnya; biawak dan ular.Begitulah ular, musuhnya; helang.Oleh itu Allah ciptakan makhlukNya dengan kebolehan mempertahankan diri.

Dengan adanya musuh, ia menjadi cabaran kepada kita.Jika musuh adalah MALAS, kita akan cuba atasi / lawan dengan bersungguh-sungguh sehingga musuh menyerah kalah.

Allah berfirman dalam al Baqarah:36.

"Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain”

Itulah syaitan/iblis yang menjadi musuh hakiki bagi manusia.Sampai hari ini, manusia tak pernah berhenti dari bermusuhan.Buktinya, peperangan dan pembunuhan berlaku sana-sini.

Apapun, apabila kita menjadikan syaitan sebagai musuh kita, maka kita tak akan ada musuh dikalangan orang baik.

Apabila kita menerapkan tingkah laku yang baik, pasti tak akan ada sesiapa yang memusuhi kita.

Mudah-mudahan kita hidup dengan memiliki kawan yang ramai bukannya koleksi musuh yang banyak.

Berkawan biar seribu, bermusuh biar satu,Satu itu adalah SYAITAN

JENIS MANUSIA

Wednesday, March 31, 2010
Yang mana satukah pilihan kita ??
  • Manusia Yang Hebat - Melakukan kerja tanpa disuruh
  • Manusia Yang Baik - Melakukan kerja apabila disuruh
  • Manusia Yang Buruk - Tidak melakukan kerja walaupun disuruh

SATU PELURU 2 MUSUH

Monday, March 29, 2010
Hari Ahad lepas di adakan Mesyuarat Agung.Sempat mengambilkan beberapa "kata-kata" yang boleh dijadikan manfaat.

Bagaimana kita menafsirkan "Satu Peluru 2 Musuh" ini?

Peluru di sini adalah KATA-KATA.Apabila berkata sesuatu, barangkali ia agak pedih & pedas untuk di dengar.Secara tidak langsung, perasaan tidak suka wujud seterusnya benci kepada orang mengucapkan kata-kata tersebut.Jika audien / pendengar, kebanyakannya tidak menyukai kata-kata itu.Si pengucap kata-kata telah mencipta musuh.Mungkin bukan DUA tetapi PULUHAN atau RATUSAN.

Begitulah sebaliknya, jika KATA-KATA yang diucapkan itu menyenangkan hati pendengar,sudah pasti ramai akan sudi bersahabat dengannya.

'Jika kita berkata Ikhlas dari hati.., ia akan menyelinap menusuk terus ke hati...'

'Jika kita bercakap dengan lidah..., ia hanya akan sampai ke kulit telinga...'


Terpulang atas kita, sama ada MUSUH atau SAHABAT yang kita cari ?

KELIP-KELIP

Thursday, March 25, 2010
Baru saja menjenguk blog sahabat berkisar kelip-kelip.

Mampukah kita seperti kelip-kelip ??

Kelip-kelip walaupun tidak mampu menyinarkan cahayanya ke seluruh isi malam.Tetapi ia turut memberi sumbangan dengan menyinarkan sedikit cahaya yang ada padanya.
Begitulah kita, kita patut memberi sumbangan ke arah kebaikan mahupun di dalam perjuangan Islam walaupun sedikit.Setiap sesuatu ada keperluan dan peranannya walaupun ia dilihat kecil pada mata.

Mana mungkin sebuah bangunan akan berdiri kukuh dan teguh jika tiada butiran-butiran pasir di dalam campuran simen untuk bangunan tersebut.

Lakukanlah amal kebaikan selagi termampu.

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Surah Al Zalzalah:8

IKAN

Wednesday, March 24, 2010
Cuba kita lihat ikan berenang-renang tak kira sama ada di sungai, di kolam ataupun di lautan.Tak kira sama ada air tawar atau air masin, yang pasti rasa ikan tetap tak berubah.Isinya tetap manis.


Pengajaran dari kehidupan ikan adalah tidak mudah terpengaruh dengan suasana persekitaran.Begitulah kita, ini kerana kita mempunyai agama yang boleh dijadikan pegangan.

Biar seribu dugaan, kita tetap kita yang sama, yang tetap teguh berpegang dengan ajaran Islam.

BELAJAR DARI ALAM II

Tuesday, March 23, 2010
Manusia belajar dari pengalaman dan mempunyai tabiat ingin mencuba.Kita belajar merangkak dan berjalan; mencubanya walaupun jatuh dan terus bangun.

Sewaktu kecil, kita tak tahu api itu panas, lalu dipegangnya dan kemudian menangis.Itulah pengalaman dan pengetahuan.

Mari kita belajar dari anai-anai dan semut ketika mereka bekerja membuat sarang.Mereka adalah makhluk yang kecil saiznya,tetapi mereka mampu menyiapkan sarang yang cantik dalam masa singkat.
Kita juga boleh melihat bagaimana ibu burung ketika memberi anak-anaknya makan.Ibu burung tidak membawa balik makanan untuk kesemua anaknya sekaligus.Tetapi ibu burung memberi makanan pada anaknya berperingkat.Di sini terdapat satu pengajaran dari ibu burung, bahawa jika mendidik anak,tidak semua pemintaan anak dituruti.Jika kesemua pemintaan dituruti, dewasa kelak akan binasa seperti filem Anakku Sazali.


Oleh itu, kita sebagai orang Islam mestilah berpegang dengan pegangan ajaran Islam.Tanpa pegangan kepada Allah, hidup kita menjadi kosong dan hidup tanpa pedoman.Baik buruk kehidupan di sana kelak, ditentukan oleh kehidupan kita sekarang ini.Jika mudah melakukan amal kebajikan serta kebaikan, maka sudah pasti ganjarannya juga adalah baik.

WARNA-WARNA ALAM

Monday, March 22, 2010
Ketika berada di tepi pantai,kita merenung jauh lautan yg tiada bertepi.Ketika mendaki gunung yg tinggi atau melihat sawah bendang yg hijau mengluas.Pasti kita berfikir dan berasa takjub dengan kecantikan alam,kedamaian dan keharmonian.Warna-warna alam yang bercampur biru,merah,hijau,kuning,kelabu dan hitam; pendek kata ia begitu mempersonakan.

Adakah kita terfikir, kita pernah sebesar 6 inci saja dan juga buta huruf.Tapi sekarang kita sudah mampu menghitung malahan sudah mampu membina bangunan yg mencakar langit.Itulah tandanya, kita adalah sebaik-sebaik kejadian.

"Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ." Surah At Tiin:4

Satu-satu sifat manusia yg tidak boleh dikongsi dengan haiwan adalah mencari ilmu.

Jika kita manusia tidak suka mencari ilmu, maka kita sama dengan haiwan. :)


Jika ilmu itu sama penting makan minum maka pengorbanan dan curahan ilmu para guru juga penting dan mulia seperti minuman serta makanan.Sebab itu, taraf guru di sisi Islam amat tinggi daripada orang lain.

Amat malang, apabila sudah dewasa dan terserempak dengan guru, kita malu untuk menyapa bahawa kita adalah muridnya.Malu kerana kita sudah berjawatan tinggi sedangkan guru sudah pencen, masih menggunakan kereta lamanya..


Tetapi kita perlu bertanya diri sendiri, jika bukan atas usaha guru itu, 
dimanakah kita sekarang ini ??

BELAJAR DARI ALAM

Sunday, March 21, 2010
Manusia dengan alam sepatutnya tidak boleh dipisahkan.Kerana Allah jadikan Alam ini untuk manusia.Bukan untuk kerosakan tetapi untuk kebaikan demi ibadah kepada Allah.

Alam dan haiwan selalu digambarkan untuk memcerminkan perangai manusia.

Buaya,sejenis haiwan yang tidak pernah menolak bangkai.Begitulah manusia,terdapat manusia yg menerima apa saja tak kira halal @ haram.Janji masyuk..

Lalat,sejenis haiwan yang hanya akan hinggap pada benda dan tempat kotor seperti najis / sampah-sarap.Begitulah manusia, yang hanya pandai mencari salah/kelemahan/keburukan orang lain.

Sepatutnya kita mencontohi lebah.

Surah An Nahl:68, "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia".


Lebah sejenis haiwan yang hanya mengambil debunga yang baik saja untuk dijadikan madu.Beginilah yang sepatutnya diambil pengajaran oleh kita manusia, mencari yang baik-baik untuk pedoman.Mencari tempat ilmu.Berkawan dengan yg soleh/ah.

Moga kita mendapat sesuatu apabila kita BELAJAR DARI ALAM.
Hati manusia juga mudah berubah seperti " Sekali ombak menghempas, sekali juga pantai berubah."


Dahulu..Sekarang..

Sunday, March 14, 2010
Hidup ni macam roda.Kita takleh lari dari roda kehidupan.Dahulunya kita di sana.Sekarang kita di sini.Dulunya di kampus.Sekarang di tempat kerja.Dahulunya di Blok/Kolej, sekarang di rumah.

Apapun, kita masih berjumpa dengan individu yg sama pewatakan seperti dahulu pada waktu ini.Inilah dikatakan WATAK yang SAMA, PELAKON yang BERBEZA..

Dahulunya mempunyai masalah, sekarang masih mempunyai masalah.Cuma berbeza keadaan saja.
Dahulunya selalu di tepi PANTAI, sekarang selalu di tepi BENDANG.Cuma bezanya tempat.
Persamaannya adalah KETENANGAN..

IKAN

Monday, March 08, 2010
Orang-orang di Jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran pantai agak kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di jepun untuk pergi lebih jauh lagi ke kawasan perairan pantai dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka pulang membawa hasil tangkapan mereka.

Disebabkan tempoh pulang yang lama itu, ia telah menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap, menjadi kurang segar apabila sampai di pelabuhan. Dan rakyat jepun, tidak sukakan rasa ikan-ikan tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, nelayan-nelayan jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Dengan itu, semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu di tengah laut lagi. Kaedah ini, telah membolehkan nelayan-nelayan jepun untuk pergi lebih jauh, dan tinggal lebih lama lagi di laut. Namun begitu, citarasa rakyat jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka, tidak sukakan rasa tersebut.

Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat jepun yang inginkan ikan segar, maka, nelayan-nelayan di jepun pun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air pula. Dengan itu, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejuk bekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air tersebut agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.

Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil maka, ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar dengan ikan-ikan yang lain, ini menyebabkan ikan-ikan tersebut penat dan akhirnya, mereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat jepun tidak gemarkannya.

Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan? Jika anda dilantik sebagai "consultant" kepada industri perikanan di jepun ini, apakah yang akan anda cadangkan?

Nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?

Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.

Dan nak tahu apa berlaku?

Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi, ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut. Ini adalah antara soal hidup dan mati beb!. Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar.

==================
Pengajarannya
==================
Kita perlukan "jerung" di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih "hidup" , "segar" dan "enak". Jerung di dalam kehidupan bolehlah di umpamakan seperti cabaran2 serta tekanan2 yang wujud dalam kehidupan. Tanpa sebarang cabaran atau tekanan, hidup kita akan menjadi "bosan" dan "biasa-biasa" sahaja.
Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang dihadapi dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan kita lebih bertenaga dan lebih berjaya.

Cinta Layang-Layang

Sunday, February 14, 2010
Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..
Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..

Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..

Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....

Hidup menjadi sepi...

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..

Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...

kita manusia.......???

Haiwan pun tau erti kasih sayang.... tp manusia???????? Sanggup membakar anak baru lahir didalam tong sampah

Kematangan Dari Kesusahan

Sunday, February 07, 2010
Pasti kita memerhatikan perjalananan hidup kita,terdapat pelbagai kesusahan di setiap peringkat.Ada saja halangan  yg kita pernah tempuhi.Halangan atau kesusahan itu,kita dapat atasinya dengan baik.

Dalam akademik, mungkin di peringkat SPM,STPM,Diploma,Ijazah dan seterusnya.Kita akan bersungguh-sungguh berusaha mengatasi setiap halangan tersebut walaupun adakala sebutan ala payahnya, susah la, napa la serabut sgt dan lain-lain.
Sedarkah kita, selepas sesuatu halangan berjaya diatasi, pasti ada kebaikan dan kematangan dari sudut yg lain untuk kita.

Kita perlu melihat kembali dan memerhati.Hanya orang yg memerhati dengan teliti saja dapat mempelajari da memahami sesuatu perkara

PERINGKAT HIDUP

Wednesday, February 03, 2010
Peringkat perjuangan hidup mesti ada kaitan dengan umur.Peringkat perjuangan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti berikut :

UMUR                                                  PERINGKAT HIDUP
bawah 20-an                                           Bayangan Hidup
20-30-an                                                Pandangan Hidup
40 -an                                                     Pegangan Hidup
50-an                                                      Perjuangan Hidup
60-an                                                      Kenangan Hidup

Apapun yang ingin kita buat, kita mestilah melakukan bersungguh-sungguh.Kita tidak mahu masih dalam tahap perjuangan pada umur 50an dan apabila umur 60an,kita akan mengenangkan kegagalan dan kenangan pahit.



Perjalanan ..

Tuesday, January 26, 2010





Perjalanan Hidup
Everyone Learn How To Life

Malas ..

Monday, January 25, 2010
Hampir 2 minggu tak update.Malas rasa nk update.Dengan cuaca sekarang yg tak menentu.Rasa nk demamnya, selsemanya..Waktu moody gini la teringat Pantai/Laut yg selalu pergi di Terengganu dulu..


CEPAT atau LAMBAT

Monday, January 11, 2010




Cepat atau lambat perubahan berlaku, itu bergantung pada sekuat mana kemahuan KITA nak berubah.

Jika KITA dah serik dilanda berbagai masalah dan ditimpa berbagai kesusahan kesan dari fikiran-fikiran negatif yang bersarang di minda KITA, maka seharusnya kekuatan yang lahir dari kemahuan membara pasti dapat membuat perubahan berlaku dengan cepat.

Pilih untuk menjadi orang berfikiran positif, supaya perubah kepada fikiran positif menjadi kekal. Berubahlah kerana KITA mahu menikmati kehidupan yang lebih gembira, lebih tenang dan lebih mendamaikan. Itu niat yang baik.

Jangan berubah dari fikiran negatif ke fikiran positif hanya kerana KITA mahu mengalahkan seseorang, bersaing dengannya atau hanya mahu menunjuk-nunjuk pada orang-orang disekeliling KITA. Sikap begitu adalah sikap yang akan menghalang perubahan kekal dari fikiran negatif ke fikiran positif.


Berubah, biar betul-betul punya berubah.

Buat sampai jadi!

Only There

Thursday, December 31, 2009
In a practical and very close to reality.
Imagine all the work ..
Makes them feel different functions since An early age in order to identify the profession in the future



Training for the profession rapid rescue And with the least possible casualties  


Training in the medical profession The surgical operations 


And training to perform surgeries on animals 


Function as an investigative journalist boys walking in the city And are doing interviews with people


The method of rearing stock teaches children through Process and not just in words 
 

Tahun Baru Bakal Menjelma

Hari ini akan berlaku 2 peristiwa penting di dalam negara kita.Pertama,rutin tahunan menyambut tahun baru di Dataran Merdeka dan di dataran KLCC.Kedua, gerhana separuh bulan juga akan terjadi pada malam ni.

Peristiwa yang berbeza dan acaranya juga berlainan.Di suatu tempat, ia disambut dengan sorakan, jeritan,muzik dan pertunjukan bunga api yg bertenaga.

Di suatu tempat yg lain, ia disambut dengan solat sunat gerhana dan khutbah khas di Masjid Negara bersama kumpulan Astronomi.

Anda yg layak menentukan hala tuju dan tempat yg sepatutnya dipilih.Keputusan di tangan anda. :)

Siapa yang peduli?

Friday, December 18, 2009
Ini adalah realiti dan pernah dialami hampir semua orang. Semasa dalam pembinaan, hanya kali pertama sahaja ada keinginan ingin tahu. Selepas itu sudah tidak peduli lagi sehinggalah suatu hari 'tiba-tiba' bangunan yang cantik muncul entah dari mana-mana.
Soalnya, benarkah ia tiba-tiba? Bukan tiba-tiba tetapi kerana selama ini kita tidak pernah peduli atau ambil tahu dengan pembinaan yang sedang dijalankan. Kenapa kita tidak pernah ambil tahu? Kerana memang itu sikap semula jadi kita manusia.Bahawa sesungguhnya, sikap semula jadi manusia ini tidak pernah mahu tahu atau enggan percaya selagi tidak wujud di depan mata. Semasa dalam pembinaan (termasuk pembinaan diri dan kejayaan) tak akan ada sesiapa yang mahu percaya dan peduli. Cakaplah apa saja, orang mungkin hanya mengangguk tetapi selepas itu tidak peduli atau melupakannya sahaja.

Zaman sekarang, zaman dahulu, orang muak dengan cakap-cakap sahaja. Bahkan diri kita sendiri menjadi muak dengan cakap-cakap kita sendiri. Kita hanya kagum dengan hasilnya sahaja. Kita hanya mengkagumi hasil, tidak pernah mengkagumi cakap-cakap atau sesuatu yang masih dalam pembinaan.

Bagaimana mengatasinya? Tak payah cakap-cakap. Hentikan cakap-cakap, sebaliknya tumpukan terus kepada pembinaan. Komitmen hanya satu: bina sampai siap, bukan setengah siap. Apabila sudah siap, terbukti di depan mata, hasil itu akan 'bercakap' dengan sendirinya. Anda boleh bercakap dari timur ke barat, heboh memberitahu umum, nak beli Ferrari. Orang akan angguk atau mencebik. Selepas itu, selepas bertahun kemudian, imej anda akan menjadi buruk jikalau hanya mampu membeli model Ferrari di stesen minyak. Orang yang akan mencemuh. Cakap apa pun orang tidak percaya. Itulah kesan buruk dari cakap-cakap.

Kita lihat sebaliknya: tahan sahaja mulut dari bercakap, sebaliknya biarkan "cakap-cakap" itu sentiasa berulang-ulang di dalam diri setiap hari sebagai mengingatkan "mesti beli Ferrari". Tak keluar di mulut tetapi hanya bergema di dalam diri. Sampai masa, cukup kemampuan, anda membeli Ferrari. Lihat dan dengar sendiri bagaimana Ferrari itu 'bercakap' bukan anda yang bercakap. Cakap sendiri mungkin tak laku, tapi 'cakap' Ferrari itu lebih laris.

Begitu juga, jikalau anda sedang membina banglo. Hanya apabila banglo tersebut telah siap, barulah banglo itu 'bercakap' sendiri. Begitu juga dalam hidup ini. Sepanjang hidup ini adalah pembinaan. Tidak perlu untuk menghebahkan pembinaan itu melalui 'cakap-cakap'. Jika cakap itu penting sangat, tunggulah, hasil pembinaan itu akan 'bercakap' sendiri. Mana satu cakap yang laku? Cakap mengenai pembinaan atau cakap mengenai hasil?

Memang begitulah hakikat di muka bumi ini. Manusia hanya hendak melihat hasilnya dan lebih percaya jikalau hasilnya terbukti di depan mata. Hasil yang 'bercakap' bukan pembinaan yang 'bercakap'. Cakap pembinaan tidak laku, apatah lagi cakap-cakap tanpa pembinaan.

Jadi, supaya diri kita sendiri tidak merosakkan diri kita sendiri, 'kunci' mulut dengan rapat dan teruskan pembinaan.

3K

Thursday, December 17, 2009
Hidup kita pasti berputar antara huruf "K".Dari kanak-kanak hinggalah ke dewasa.Sekadar amik 3K sahaja.Mungkin ramai penah mendengar 3K.Sebutan yg sama tetapi berlainan tafsiran.3K yang biasa didengar berkaitan pertandingan "Kebersihan,Keceriaan & Keselamatan" di peringkat sekolah.

Fasa hidup ini pasti akan melalui 3K.

Zaman kanak-kanak.KERIANGAN-kanak-kanak kesemuanya akan enjoy their life dengan keriangan tanpa ada rasa sedikit kerisauan.KESUKAAN-Mereka bebas melakukan apa saja yang disukai.KASIH SAYANG-umur sebegini amat memerlukan kasih sayang.Mereka akan melakukan sesuatu supaya penumpuan ibubapa kepada mereka.Jika ibubapa tidak memberi tumpuan, mereka merasakan diri mereka tidak lagi disayangi.Umpamanya, tatkala mereka baru mendapat adik.Pastinya ibubapa lebihkan adiknya berbanding diri mereka.Waktu sebeginilah mereka merasakan disisihkan.

Zaman Remaja.KAWAN-Usia remaja merupakan usia mencabar.Segala-galanya adalah kawan.Usia sebegini adalah usia untuk memperbanyakkan kawan segenap usia bagi membolehkan dirinya dianggap sudah dewasa.Kata-kata dari kawan lebih dituruti daripada kata-kata orang tua atau daripada ibubapa.Usia remajalah, ramai yang terjebak dalam kancah dadah, lepak, pil khayal, hedonisme dll.Jika tersalah memilih kawan.Itulah padahnya.Jika bijak memilih kawan, pasti, ia akan membantu ke arah kejayaan.KETAHANAN-Usia remaja, ramai remaja menunjuk ketahanan mereka di jalan yg salah.Mereka menunjukan ketahanan mereka di jalanraya dengan merempit.Parut-parut luka itulah tanda mereka mempunyai daya ketahanan dan lasak.Ketahanan yang sebenar adalah kemampuan menangkis ajakan jahat yg boleh membawa kepada kebinasaan.Ketahanan yang tidak kenal penat demi mencapai kejayaan.KERJASAMA-Kerjasama didalam sesuatu hal boleh dilihat seusia begini.Kerana daya juang yg tinggi.Tak mengenal erti kalah.Seiring dengan darah muda.Amat bermakna jika kerjasama ini di dalam menongkah arau pengajian sehingga menara gading.Akhirnya sama-sama mengecap kejayaan yang diimpikan.

Zaman Dewasa.Selepas mengecap kejayaan di alam pengajian.Kita akan teruskan perjalanan hidup ini dengan “K” yang seterusnya.KERJA- semua orang akan mencari kerja selepas letih berada di alam persekolahan atau selepas berjaya mendapat skrol.Cuma berbeza.sama ada bekerja di dalam kerajaan, swasta atau sendiri.Pastinya permulaan bekerja,kita akan menggunakan segenap penjuru bantuan dari keluarga.sama ada dari segi kewangan atau material.Selepas berjaya mengatasinya.Kita akan berhajat untuk membeli KENDERAAN sendiri bagi memudahkan urusan seharian samada ia motosikal atau kereta.Apabila kehidupan stabil, pasti kita berhajat untuk mempunyai KEDIAMAN sendiri.

Tatkala 3K tersebut tercapai.Kita akan berselesa untuk meneruskan langkah seterusnya di dalam menyempurnakan alam kehidupan ini dan mengharapkan kembalinya kita kelak sebagai Hamba yang diredhai.

"Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu..."

(Al-Fajr: 27-30)

Rollcoaster

Wednesday, December 16, 2009

Hidup bagaikan rollercoaster di dalam terowong yang gelap.Ada naik dan ada turun.Janganlah kita terlalu menduga masa depan dan janganlah terlalu leka masa lampau.Duduklah dengan aman dan laluilah perjalanan hidup kita dengan iman.Yang pahit dan yang manis akan sentiasa menjengah.


Terimalah dengan syukur dan redha.

Sejadah Sebahyang

Monday, December 07, 2009



`Den tak kesah kau nak smayang...tompi jangan la menunjuk-nunjuk kek oghang.Kau tak
kan tak tau oghang melayu ni bukan bulih tengok bondo-bondo polik ni...copek heghan`


`Kang kok ado yang tanyo kek kau tigoboleh rukun smayang apo kau nak jawab..ekau bukan ey bulih becakap`


`Limo rukun Islam....ekau buek yang mano? syahadah macamano ekau takdo roh.Smayang macamano kok sekada duduk antagho duo sujud....nak zakat camano ekau takdo duit...poso macamano kok patut buko kau tak buko...poie aji buek apo pasal tuntutan syariat lam quran tu hanyo untuk jin dan manusio`


`Aghap tolong la jangan seghabut an otak manusio akhir zaman yang memang dah seghabut ni yo...Jadi lah sejadah yang baik dan besopan santun`