Ketentuan Allah Adalah Takdir Yang Terbaik

Saturday, March 14, 2009
copy & paste.nice story ;)

Tanyalah kepada mana-mana pelajar sekolah agama, aku yakin dan pasti, tidak sampai suku pun daripada mereka yang menyebutkan UiTM adalah cita-cita mereka untuk mengecapi kehidupan sebagai seorang mahasiswa/siswi. Bagi mereka, UiTM adalah tempat terakhir, sekiranya sudah tiada pilihan lain lagi.

Kebanyakan mereka, setidak-tidaknya bercita-cita untuk menyambung pengajian di kolej matrikulasi,dan majoritilah yang bermimpikan universiti-universiti luar negara. Begitu jugalah aku pada waktu dahulu, bukan sahaja tidak menyebut nama UiTM, bermimpikan universiti yang dikatakan benteng terakhir orang melayu itu juga tidak pernah!

Tapi perancangan Allah itu yang terbaik, walaupun kita rasa pahit sekali untuk menerimanya. Dalam borang UPU, aku memenuhkan kelapan-lapan pilihan universiti dengan nama UIA sahaja, dalam bidang undang-undang, tapi tawaran awal ke Kolej Matrikulasi Melaka dalam jurusan Sains Hayat, membuatkan aku tidak sabar-sabar untuk mengembara dalam dunia seorang pelajar kolej.

Tapi, aku telah membuat satu keputusan yang salah, setelah hampir satu semester aku menjadi warga Londang, minat aku dalam bidang undang-undang tak pernah padam, dan rasa menyesal yang teramat kerana tidak menunggu keputusan UPU keluar.

Jadi, untuk merealisasikan cita-cita, pilihan terakhir yang aku ada hanyalah memohon untuk menjadi pelajar pra-ijazah undang-undang, UiTM. Dan, dengan takdirNya, tanpa sempat menghabiskan tempoh setahun di kolej matrikulasi, aku bergelar mahasiswi UiTM pula, dengan hati yang tidak gembira tentunya.

Hati aku asyik membandingkan diri dengan rakan-rakan yang lain, yang berada di universiti yang lebih baik-bagi aku pada masa itu. Aku berasa sungguh cemburu dengan sahabat-sahabat di UIAM, sahabat-sahabat yang akan terbang, dan aku berkali-kali juga berasa kesal dengan keputusan aku dulu.

Yang lebih memenatkan, para pensyarah akan bertanya, "Why are you here and not in somewhere else?" Tapi, hari demi hari, aku cuba menerima, dan belajar mengenai perkara baik-baik tentang UiTM, dan juga belajar untuk memahami hakikat kehidupan di UiTM.

Aku hanya dikelilingi 'orang baik-baik' di sekolah dan di kolej, tapi bila berada di persekitaran UiTM, aku jadi terkejut. Buat pertama kalinya aku melihat kawan-kawan perempuan, dengan 'selamba' pergi kemana-mana tanpa menutup aurat dengan sempurna,memakai seluar pendek apabila turun ke kedai runcit. Aku berasa janggal sekali.


Aku juga berpengalaman tinggal sebilik dengan seorang rakan yang sedari awal lagi memesan supaya aku jangan sekali-kali menasihati dia supaya bertudung. Pada awal-awal kehidupan di situ, hati aku sangat susah, selalu berprasangka buruk dengan orang yang tak macam aku. Hati selalu menganggap, diri akulah yang terbaik dalam kalangan mereka. Aduh, betapa 'kurang bersihnya' hati aku!

Tapi, setelah beberapa lama, aku serasi dengan kehidupan di UiTM (bukan bermaksud aku meredhai kelakuan pelajar di sini). Aku semakin mengerti untuk meladeni sahabat-sahabat yang tidak sama seperti kita. Aku juga semakin faham tugas aku sebagai dai'e.

Pengalaman sehari-hari juga mengajar aku supaya tidak 'under-estimate' orang lain dan jangan 'overrate' diri sendiri. Aku hidup dalam kalangan mereka, barulah aku tahu, ramai mereka tidak begitu mengerti tentang asas-asas fardhu ain, malah ada yang pernah bertanya, kenapa kita diwajibkan memakai tudung?

Allah 'mencampakkan' aku ke UiTM juga, untuk mengajar aku menyucikan hati. Bagi aku, orang-orang yang berpeluang belajar ilmu agama lebih sedikit dari orang yang lain, Allah uji dengan hatinya sendiri. Mereka juga mudah menghukum perbuatan orang lain.

Aku teringat kepada kisah seorang senior aku yang pada zaman sekolahnya memakai tudung labuh dan berpurdah, dan memarahi adik-adik yang bertudung tiga segi, tapi setelah dia memasuki alam universiti, di universiti islam pula, dia telah berpakaian seperti apa yang pernah dilarangnya dahulu!

Aku pernah berasa begitu pedih, apabila sewaktu aku mengikuti satu trip, yang kebanyakan pesrtanya adalah ahli persatuan Islam, ada satu suara berkata, "Amboi, dahla ikut trip macam ni, pakai selendang aja", dengan nada sinikal kepada salah seorang peserta yang 'free-hair' dan hanya melindungi rambut dengan selendang saja.

Bagi aku, amat tidak patut seorang naqibah bersuara begitu. Sepatutnya, dia mesti memberikan kata-kata yang positif, mudah-mudahan rakan perempuan itu lebih bersemangat untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.

Aku selalu juga dihujani dengan pertanyaan dan pandangan tentang sikap golongan orang yang aktif dalam dakwah ini. Kata mereka, kebanyakan kakak-kakak yang bertudung labuh tidak mesra, mudah memandang serong pada mereka. Dan setiap tindak tanduk mereka jadi serba tidak kena pada pandangan kakak-kakak dakwah tadi.

Malah, aku juga pernah dituduh keliru identiti kerana terus bersahabat rapat dengan bermacam-macam orang, dan berlainan agama pula! Berada di UiTM juga, membuatkan aku makin mengerti, mahalnya sekeping hidayah, dan sebuah peluang.

Waktu bersekolah dahulu, aku cepat bosan dengan sesi ceramah, usrah, qiamullail, tapi di sini aku merindui semua perkara tersebut.Kalu dulu, aku 'lari-lari' dari berusrah, sekarang aku sendiri yang mencarinya. Aku juga bersyukur kepadaNya, kerana memberikan aku sedikit kefahaman tentang agama, berbanding dengan sebilangan kawan-kawan aku.

Hidup di sini juga, melatih aku untuk meneguhkan hati, kerana cabaran di sini bukannya sedikit. Aku juga berpeluang untuk mengenali jenis-jenis manusia di sini, dari seorang yang baik sampailah hidup tidak berpedoman. Dari yang bertutup litup, sampailah kepada yang seksi-meksi.

Yang paling tidak dapat aku lupakan, aku pernah di'reject' oleh seorang ibu kerana aku bukan dari universiti Islam, hanyalah anak didik UiTM! Semua itu membuatkan aku makin mahu membuktikan, hidup dalam suasana yang bukan bi'ah solehah tak akan sekali-kali menjerumuskan aku ke dalam kehidupan yang gelap. Aku ingin sekali membuktikan pelajar UiTM masih ramai yang menjaga adab dan akhlaknya.

Apa yang aku ingin kongsikan di sini, setiap apa yang Allah aturkan pada kita, mesti ada hikmah yang teramat besar buat kita. Rahmat disebalik ujian itu, mungkin lambat, mungkin cepat dapat kita rasai. Aturan Allah itu sungguh indah, walaupun kita menafikannya. Mungkin, kalau aku berada di UIAM contohnya, aku tidak berpeluang untuk berdikari dan belajar merendahkan hati seperti hari ini!




BOIKOT

Sunday, March 08, 2009
Apakah alternatif ???




Alkisah Laksamana Do Re Mi

Thursday, March 05, 2009
"Pada tahun 1972 Allahyarham P.Ramlee barangkali telah meramalkan apa yang bakal terjadi di Perak pada tahun ini. Peristiwa Sidang DUN bawah pokok pagi semalam telahpun dikisahkan oleh P.Ramlee dalam filem Laksamana Do Re Mi.
Pemerintah sah kerajaan negeri Pasir Dua Butir bersama beberapa menteri yang masih setia terus mendirikan kerajaannya di bawah pokok selepas negeri tersebut di landa huru hara angkara Menteri Pasola yang membuat khianat.

Menteri Pasola ialah bekas Menteri Pertahanan yang ingin memperisterikan puteri Tuanku pemerintah negeri Pasir Dua Butir,tetapi lantaran tidak diperkenankan ,Pasola bertindak merampas kuasa dan melarikan puteri Tuanku.
Menteri yang huru harakan Perak sekarang pun bekas Menteri Pertahanan juga!
Dengan bantuan 3 pendekar ,Laksamana Do Re Mi yang diutuskan Raja Damsyik Jani dari negeri Pasir Berdengung telah dapat membantu mengembalikan pemerintahan yang sah kepada kerajaan negeri Pasir Dua Butir.

"Dinding dinding istana pun habis dikopak sampai bumbung pun tak de lagi ,ada ka patut?",cerita seorang Menteri yang terselamat." Tak patut,tak patut",jawab ketiga tiga Laksamana Do Re Mi."Sungguh kejam Menteri Pasola ,akai pun tak dak!",tambah menteri tersebut Angkara Menteri Pasola lah,DUN Perak dikunci dikawal polis,nak bersidang pun tak boleh,bersidanglah dibawah pokok .Ada ka patut?Tak patut ,tak patut!

"Kenapa Tuanku tak lari bersembunyi? ",tanya salah seorang Laksamana."Dato Laksamana Kalau Tuanku lari beerti negeri ini tak bekerajaan lagi,kami dato dato yang tertunggul di sini menjadi batu asas menandakan kerajaan Dua Butir ini dok ada lagi,kalau tidak kamipun dah lama blah!".

Tahniah kepada Menteri Besar Perak YAB Hj Nizar serta seluruh Exco dan YB Pakatan Rakyat yang terus bertahan walaupun di bawah pokok.Maka tahu lah rakyat Perak mereka masih ada kerajaan negeri lagi.

Bersabarlah, terus pertahan kerajaan yang sah,sampai masanya Menteri Pasola yang ada kekebalan itu akan mati juga .Carilah buluh runcing dan cucuk pada kakinya.Akan tamatlah riwayat Menteri Pasola itu.

Tiga orang,Laksamana Do Re Mi juga bakal turun ke Perak untuk membantu.Siapakah mereka?Tungguu. .


Hidup Perlukan Cabaran

Sunday, February 22, 2009


Suatu hari Armin duduk di tingkap melihat sebiji kepompong tergantung-gantung pada ranting pokok bunga. Kanak-kanak berusia lapan tahun ini memerhatikan lubang kecil yang terdapat pada kepompong tersebut. Setelah beberapa jam menanti, keluar kaki-kaki halus seekor rama-rama dari lubang berkenaan. Tanpa berputus asa rama-rama menolak badannya keluar tapi kelihatan amat payah sekali untuk meloloskan diri. Akhirnya rama-rama itu berhenti . Ia tidak berdaya lagi. Kasihan melihat serangga itu, Armin mengambil gunting dan membesarkan lubang kepompong tersebut. Keluarlah seekor rama-rama cantik tapi sayapnya terkatup. Amin menanti rama-rama itu mengembangkan sayap yang bewarna kuning, biru dan hitam. Dia tidak sabar hendak melihat serangga berkenaan terbang dari kuntuman bunga ke bunga yang lain untuk menghisap madu. Tapi apa yang Armin harapkan tidak tertunai. Rama-rama itu terlalu lemah. Ia hanya boleh merayap dari ranting-ranting, mengheret badannya yang besar penuh sukar. Akhirnya ia jatuh ke tanah.


Saudara…
Niat Arman memang baik tapi kanak-kanak itu tidak faham fitrah perjalanan hidup ini. Secara semula jadinya rama-rama memerlukan masa berjam-jam sebelum berjaya keluar. Pergelutan itu adalah proses semula jadi supaya badan dan sayapnya cukup kuat apabila bebas dari kepompongnya. Rama-rama yang keluar dari kepompong sebelum sampai waktunya samalah seperti bayi yang lahir tidak cukup bulan. Begitulah kehidupan ini.Perjuangan dan tekanan itu amat penting. Jika semuanya berlaku dengan mudah tanpa sebarang rintangan, ia akan membuatkan kita lemah. Kita tidak akan menjadi kuat, matang dan bertenaga untuk mengharungi hidup ini. Malah kita tidak boleh terbang langsung.

Oleh itu,jadikanlah setiap rintangan sebagai satu peluang untuk kita terus mengorak langkah positif dalam menghadapi hidup.

dipetik dari iluvislam.com

Selawat Tafrijiyah

Saturday, February 21, 2009
Taman yang indah ialah yang dihiasi dengan pelbagai bunga. Jika hanya satu jenis bunga, tidak berseri taman. Begitu lah indahnya Fiqh Islam dengan kepelbagaian pandangannya. Terserah kepada kitalah untuk memetik mana satu bunga pilihan kita. Yang tidak kita petik, jadikan ia hiasan mata kita. Itu pun jika kita mampu memetik. Jika tidak mampu memetik, jadikan ke semuanya sebagai hiasan mata.

Pisang

Wednesday, February 18, 2009

Siti, guru kelas PASTI menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Siti. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Siti sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Siti. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Siti.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

CERITA SEEKOR KUDA DAN SEMUT

Monday, February 16, 2009

PADA suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan.

Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat tidak sengaja lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.

Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi.
Kuda itu itu terasa kehairanan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.

Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan.
Sebaik sahaja menghapiri kuda tersebut, pimpinan semut itu bertanya kepada kuda, “hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”

“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.

“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “punya siapakah beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?”

Maka kuda pun menjawab, “punya bosku yang ada di sana yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon itu.”

“Oh begitulah ceritanya,” kata sang semut tersebut sambil tersenyum.. Sang kuda berkata, “eh! Kamu semua kenapa begitu gembira?” kata sang kuda kepada sang semut tadi.

“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.”

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.
Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”

“Apa itu perbezaannya?” tanya kuda.

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, punya majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah punya kami sendiri, bukan punya bos kami,” demikian penjelasan semut itu.

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.

Apa moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: “Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah.” Mengapa orang-orang yang sudah punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah menyerah.

Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja makan gaji.

Jangan Bersedih atau Terkilan

Thursday, February 05, 2009
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Mengeluh Hanya Memenatkan (مڠلوه هاڽ ممنتكن )

Wednesday, January 28, 2009
Lazimnya kita sering mengeluh apabila kita kepenatan, kesedihan, kelelahan, kemiskinan dan pelbagai rasa malang lagi. Lalu mengeluh menjadi satu cara yang kita anggap akan mengurangkan rasa malang seperti ini. Hakikatnya, apabila kita mengeluh kita tidak melakukan sesuatu yang lain melainkan kita hanya memenatkan lagi diri kita.

Pelbagai cara yang tidak kita sedari adalah satu dari bentuk keluhan. Berdengus, menangis, berleter, menghentak barang, menengking-nengking semua itu menggambarkan sifat tidak sabar kita. Dengan melakukan semua itu, kita hanya mengheret jiwa kita untuk berasa lebih malang lagi.

Ketika mengeluh, kita membawa jiwa kita untuk mengimbau kesusahan dulu. Sebagai contoh, setelah dikhianati oleh seseorang, anda akan terkenang-kenang bantuan anda kepadanya dahulu. Ketika isi rumah anda tidak membantu kerja rumah anda, anda mula berleter-leter dan menghempas barang sambil mengungkit hanya anda seorang yang mahu melakukan semua itu.

Tatkala mengeluh, itu hanya menggambarkan bahawa kita ini bukanlah seorang yang penyabar. Orang yang penyabar, sekalipun mahu mengadu hanya kepada ALLAH SWT jualah tempat untuk mengadu. Di masa lainnya, orang yang penyabar adalah orang yang tenang dan menenangkan.

Memang sukar untuk sampai ke tahap ini. Kadangkala kita perlu berjuang berhabis-habisan untuk meredakan perasaan marah dan tidak puas hati. Tidak ada salahnya andai anda cuba untuk meluahkan perasaan tetapi biarlah dalam bentuk yang berhemah dan bertimbang rasa.

Apa yang perlu kita ingat adalah kita dan manusia di sekitar kita hanyalah manusia yang penuh dengan kelemahan. Kita tidak akan sentiasa berpuas hati dengan orang lain sebagaimana orang tidak selalu berpuas hati dengan kita. Oleh itu jangan cuba menimbulkan atau memanjangkan masalah agar diri kita akan lebih dihormati.

SEMEKAR

Monday, January 19, 2009

Seminar Melangkah Ke Alam Remaja (SEMEKAR)
سمينر ملڠكه ك عالم رماج ﴿سمكر﴾
25 Jan 2009
RM 10 sahaja

Aktiviti : Kuliah, LDK & Praktikal
(Perubahan Fisiologi, Psikologi & Akhlak)
serta
(Persediaan ke Alam Remaja)

Learning

Wednesday, January 07, 2009
"Learn from those who know more, learning process takes time, better learn something than without doing anything" “You need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.”


Learn to fly

DEMONSTRASI AMAN

Friday, January 02, 2009
TEMPAT : MASJID PUTRA, PERLIS
MASA : SELEPAS SOLAT JUMAAT

Salam Maal Hijrah

Sunday, December 28, 2008
Perjuangan ibarat tiram di laut
dihiris peparis tercalar ia
sungguhpun terluka tapi dipendam
sungguhpun pedih tapi disimpan
namun akhirnya dibalas MUTIARA

Salam Maal Hijrah

MENGAPA MESTI ADA DUGAAN?

Thursday, December 25, 2008
Mengapa dalam hidup kita mesti ada dugaan, mesti ada masalah dan mesti ada cabaran,walaupun kita tak pernah minta.

Walau apa jua masalah, musibah dan malapetaka yang melanda Anda, jangan mudah menyerah kalah dan hanya tahu menyalahkan nasib. Ini dugaan dari Tuhan, untuk menguji sejauh mana keimanan kita dan supaya kita menjadi lebih kuat menghadapai segala cabaran yang mendatang di masa hadapan.

Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Dalam kesusahan ada kesenangan dan kesusahan tu mengajar kita untuk menjadi seorang yang kental, kuat semangat dan tabah . Orang-orang yang kuat berusaha dijanjikan kejayaan dan kesenangan, mereka berhak menerimanya kerana telah mencuba sehabis daya.

Mengapa mesti ada dugaan dalam hidup? Ia untuk mematangkan, mendidik dan membuat kita berkembang dari segi mental, spiritual dan jati diri. Tanpa dugaan hidup, takkan ada adventure, kematangan dan ‘next level’ dalam perjalanan hidup kita.

Dugaan muncul dalam segenap aspek, tak kira kecil atau besar, ia memang akan tetap ada. Tak kira dalam kewangan, pekerjaan mahupun perhubungan.

Kita takkan terlepas dari buat silap, tapi dari kesilapan itu, kita belajar sesuatu yang mungkin takkan kita jumpa bila hidup kita asyik senang tanpa sedikitpun cabaran. Otot tubuh badan kita, jika dilatih akan menjadi semakin kuat.

Ini sama juga dengan ‘otot’ dalam diri kita, iaitu minda, spiritual, jiwa dan roh kita. Semakin dilatih, semakin kuat.

Dugaan dan cabaran dan masalah datang untuk ‘melatih’ jiwa kita menjadi semakin kuat, sepertimana otot fizikal yang ada pada tangan, kaki kita. Kesannya, Anda jadi matang, bijak dan mampu membuat keputusan dengan berhemah, bukan yang kelam kabut, panik atau bingung.

Jadi, jangan sesekali menyerah kalah pada masalah. Mesti ada cara untuk menyelesaikannya.

Anda hanya perlu berusaha dan yakin dengan petunjuk Yang Maha Esa. Lihat orang-orang yang berjaya, mereka tak pernah menyerah kalah bahkan tak nak menyerah kalah, tapi merubah strategi untuk menang bila berdepan masalah.

Sesusah susah Anda, ada lagi orang yang lebih susah dari Anda. Bersyukur dan berusaha memajukan diri adalah 2 perkara terbaik yang patut Anda lakukan sekarang ini. Akhir kata, jangan jadikan masalah sebagai penghalang kemajuan diri.

Di bawah ni klip video untuk inspirasi. Moga ia membangkitkan semangat dan memberi motivasi.



PERJALANAN HIDUP PENUH BERLIKU

Perjalanan setiap manusia pasti ada pahit dan manis…ada yang mampu membuat hati menangis…ada yang mampu mengembirakan hati…pabila datang yang menggembirakan hati…manusia ini terleka dan terlupa…bahawa itu salah satu dugaan dari Yang Maha Esa…pabila datang yang membuat hati menangis…manusia juga terlupa bahawa Dia sedang menguji kita…kita manusia harus sedar dan tahu…tidak setiap apa yang kita inginkan itu adalah yang terbaik untuk diri kita…dan kita juga harus tahu bahawa…setiap apa yang kita perolehi tetapi tidak kita sukai nya…mungkin itulah yang terbaik untuk diri kita…hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya…walau apa dugaan dan cabaran yang mendatang…hidup perlu diteruskan…walau bagaimana kita rasa tidak bergunanya diri ini…hidup perlu diteruskan…walau macam mana hancur sekali pun hati ini…hidup perlu diteruskan…walau seteruk mana hati menangis…hidup perlu diteruskan…walau apa pun yang berlaku hidup perlu diteruskan….

Jangan biarkan diri anda kesal dan jangan pernah anda berprasangka bahawa anda mampu menghentikan dinding supaya tidak jatuh, menahan air supaya tidak mengalir, menahan angin supaya tidak bertiup dan menjaga kaca supaya tidak pecah. Ini adalah tindakan dan sikap yang tidak benar, walaupun hak itu tidak kita inginkan. Apa yang telah ditentukan tetap terjadi. Apa yang diputuskan tetap akan berlaku. Apa sahaja yang telah ditulis oleh Allah tetap akan terlaksana. Allah berfirman:

Ertinya:”Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan barangsiapa yang ingin (kafir) maka biarlah ia kafir.” Surah Al-Khafi: ayat 29


Jangan terlalu Prejudis

Wednesday, December 10, 2008
Satu artikel yang bagus..Tiada kaitan yang hidup mahupun yg blum mati ('',)

Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..


Back To School

Tuesday, December 09, 2008

Cawan VS Air

Friday, November 28, 2008
SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

dipetik : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1271

Mengejar Gembira

Saturday, November 22, 2008
Memilih untuk berhenti mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang atau memilih untuk mengejar apa sahaja peluang kegembiraan yang ada di depan mata.


Kadangkala kita sering tersilap dalam mengejar kegembiraan buat diri. Kita tidak dapat melihat perbezaan kegembiraan yang hakiki dan kegembiraan yang sudah menjadi ilusi. Mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang sekadar akan menambahkan kedukaan. Kita akan terus berharap hingga terabai peluang-peluang kegembiraan lain yang ada di depan mata.
Ibarat menanti di hadapan sebuah pintu yang akan membawa kita keluar dari sebuah bangunan. Namun pintu tersebut sudah terkunci. Kita terus menanti dengan penuh pengharapan pintu tersebut akan terbuka. Kita mengabaikan pintu-pintu lain di sebelah yang turut terbuka sekali sekala. Terlupa bahawa tujuan kita yang sebenar adalah untuk melepasi pintu tersebut dan keluar dari bangunan. Bukannya menanti pintu yang terkunci itu terbuka.
Rasa sedih akan hadir apabila terhapus peluang untuk suatu kegembiraan. Itu semua lumrah. Namun yang silap adalah apabila kita terus bersedih hingga lebih banyak peluang kegembiraan tercicir daripada genggaman.

WEB

Friday, November 14, 2008
lama menyepi..dok pening nk buat website ilmudanulamak.alhamdulillah boleh digunakan.tapi tak abis lg alter n edit..walaupun dalam kursus, masih boleh lg main internet, edit web.hehe..
mungkin abis kursus, barulah nk perbaiki web tersebut.

LIFE

Thursday, November 13, 2008
Now think about life
Life is not always easy
Life is not always comfortable
Sometimes life is very hard
Thing don't happen like we wish
People don't treat us like hope

Keyakinan bahawa pintu tersebut akan terbuka akhirnya jika kita cuba membuka satu per satu perlu ada. Disamping itu, keyakinan bahawa Allah hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu. Tidak mudah putus asa. Tidak futur dalam perjuangan.

kerja @ Balik kg ,,,

Sunday, November 02, 2008

Paksaan??

Tuesday, October 28, 2008

Adakah hidup kita ini penuh dengan paksaan?

Untuk terima gaji kita disyaratkan berkerja (yakni terpaksa berkerja),
Untuk pandai kita disyaratkan belajar (yakni terpaksa belajar),
Untuk kenyang kita disyaratkan makan (yakni terpaksa makan),
Untuk dapat untung kita disyaratkan jual barang (yakni terpaksa menjual),
Untuk masuk syurga kita disyaratkan beribadah (yakni terpaksa beribadah)…

begitulah hidup kita yang penuh dengan paksaan jika semua syarat kita fahami sebagai paksaan.

Benar atau salah kenyataan di atas...Fikir-fikirkanlah (",)

eye chart

Friday, October 24, 2008
Setiap hari kita akan berjumpa seorang atau lebih orang baru dalam hidup kita..makin hari akan bertambah kenalan kita..tapi adakah kita akan masih mengingati kawan-kawan kita sejak tadika, sekolah rendah, menengah, IPT, kenalan kampung atau kenalan di mana-mana.

Tak rugi kita ramai kawan..tapi akan rugi bila mana kita tak meghargai kawan-kawan..

"berukhuwahlah hanya kerana Allah.
saiz huruf yang semakin mengecil didalam "eye chart" ini mengambarkan bahawa ramai diantara kita berukhuwah..
namun mungkin tidak ramai antara kita yang berukhuwah benar- benar hanya kerana Allah"

**** ******* *****

KAWAN

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta



Tawan Hati Kawan & Lawan

Saturday, October 18, 2008
Prinsip 1: Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadi orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial.

Prinsip 2: Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda. Pasti ada yang tertarik. Senyum

Prinsip 3: Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.

Prinsip 4: Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi. Jika anda seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. Jadikan pendengar yang terbaik.Jangan cepat membalas setiap apa yang anda dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka, mungkin masalah mereka. Barulah mereka merasa dihargai.

Prinsip 5: Macamana ingin menjadikan anda diminati ramai.Sesudah itu kata-kata anda seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut anda.Bercakap interm of the other person`s interests. Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan anda tawan hatinya. Bercakap atas minatnya. Bukan minat anda.

Prinsip 6: Bagimana pula ingin menjadikan diri anda disukai dalam sekejap sahaja pertemuan? Diri anda akan dihargai jka anda melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati anda. Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan. Jadikan mereka sangat penting buat anda dan mereka rasa diri mereka sangat penting buat anda. Dan lakukan dengan seikhlas hati.

Prinsip 7: Wajar dilakukan tindakan ini. Moga-moga mnjadikan kawan anda selesa bersama anda. Apakah ia? Penampilan kemas walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang-biintang filem tanah air mahupun hollywood.

Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan.
Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi.
Sayangilah jangan membenci.
Perubahan bermula dari diri sendiri.

Untitled

Sunday, October 12, 2008



Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu ( Al Mulk ; 01)


Ijazah

Monday, September 22, 2008

Alhamdulillah..dah lama xupdate blog ni..Masa tak mengizinkan.Sedar atau tidak..hanya seminggu lagi Ramadhan akan berlabuh tirai penutupnya..

Adakah kita mendapat yang kita idamkan di dalam bulan ini ?

Adakah perjalanan Ramadhan kali berjalan lancar @ lebih baik dr tahun lepas?

Adakah kita akan memperoleh "ijazah" diakhir Ramadhan ini?

Adakah kita terpaksa "extend" pengajian dalam memperoleh "ijazah" ?

Adakah kita terpaksa "drop subject" pengajian dalam memperoleh "ijazah" ?

atau yang lebih malang lagi

Adakah kita terpaksa "dismiss" pengajian dalam memperoleh "ijazah" ?


Persoalan di atas hanya diri sendiri yang mampu memberi jawapan atas kesungguhan kita dalam memperoleh "ijazah TAQWA"

Selamat bergraduasi :)

Wajar Kehidupan

Wednesday, September 10, 2008

Merdeka atau Ramadhan ??

Friday, August 29, 2008
31 Ogos dan 1 September ini, kita akan diketemukan dengan hari-hari yang istimewa dan bersejarah pada diri kita semua kerana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-51 dan juga menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak.

Kelihatan banyak perbezaan di antara keduanya, di mana yang pertama kepada semangat patriotik terhadap negara yang telah merdeka dan sebagai kecintaan kita terhadap negara, maka kita meraikan sambutan kemerdekaan negara. Yang kedua pula, mengenai kecintaan kita terhadap bulan umat Muhammad yang ditunggu-tunggu yang mana amalan di bulan ini amat tinggi ganjaran pahalanya yang berlipat ganda.


Namun, bagaimanakah persediaan yang ditonjolkan oleh masyarakat? Yang mana lebih mereka pentingkan? Adakah Hari Merdeka atau Awal Ramadhan?

Jawapan ada di pada hati anda…
(^_^)

BE POSITIVE...

Thursday, August 28, 2008

If anyone gives me hope I will hold and do not keep it at bay
If anyone looks down on me I will take it easy and strengthen my heart
If anyone loses their temper I will take a deep breath and be quite
And
if anyone needs my help I will lend my hand and do the best
I care for everyone's feeling and desire.

Rugi Anggapan Awal

Friday, August 22, 2008

"Aku ingat susah sgt..,bila dah buat...ok ja....isk3x..tak sangka aku..."

Begitulah yang dikatakan, anggapan awal, jangkaan awal, persepsi awal, prasangka awal memang merugikan. Kita memandang dari persepsi kita sedangkan persepsi sebenar perlu kita alami sendiri barulah kita tahu keadaan sebenar.


Kita ambil contoh mudah. Ini pun memang persepsi, anggapan, jangkaan dan prasangka awal saya sendiri. Saya terlalu musykil sejak dahulu lagi. Setiap kali saya melihat kedai cermin mata (optical) pasti saya tertanya-tanya. Persaingan sengit, banyak sangat kedai cermin mata, dekat-dekat bahkan sebelah-menyebelah, besar-besar belaka, sewanya mencecah puluhan ribu, pekerjanya ramai. Dan pastikan kebenaran ini: setiap kali anda lalu, pasti kedai tersebut lengang. Namun, yang pasti, tidak ada kedai cermin mata yang tutup, sebaliknya makin maju dan bertahan berpuluh tahun atau semakin membesar, semakin banyak cawangan.


Itu persepsi dan anggapan awal saya sendiri. Saya tidak tahu sebab tidak masuk ke dalam bidang itu. Dan sudah tentu anggapan awal begitu merugikan saya.


Ini sekali lagi mengingatkan saya kepada Hukum Seimbang ciptaan saya yang beberapa kali saya ketengahkan: "Tidak semua orang suka dan tidak semua orang tak suka; tidak semua orang mahu, tidak semua tak mahu."


Setiap kali ada yang menyukai, pasti ada yang membenci; setiap kali ada yang membenci, pasti ada yang menyukai. Sentiasa seimbang.

Syaaban Kembali..Ramadan Menanti ..

Sunday, August 10, 2008

YAKIN LAH

Sunday, July 20, 2008
Serahkanlah segala peristiwa yang kita alami kepada ALLAH s.w.t.. Apa pun yang kita terima, kita perlu bertawakal kepada-NYA dan berpegang teguh kepada janji-NYA. Jangan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH s.w.t. dan sentiasalah redha pada setiap yang telah ditentukan-NYA. Insya-ALLAH, kita tergolong dalam orang-orang yang mencapai kemenangan.

Kalau kita merasakan ketenangan dan kebaikan sesuatu dan sentiasa berpegang teguh kepada ALLAH s.w.t. pada setiap ujian dan keadaan yang kita alami, Insya-ALLAH kita akan dapat pertolongan, petunjuk, bantuan dan perlindungan daripada ALLAH. Apabila pertolongan ALLAH sudah kita rasai, maka bersyukurlah selalu dan yakinlah; hati yang resah akan menjadi aman.

Ketika Nabi ALLAH Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang marak menyala, baginda tetap yakin dan bertasbih; "hasbunaLlah waniqmal wakil." Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Lalu ALLAH jadikan api yang menyala itu sejuk.

Ketika RasuluLlah s.a.w. dan para sahabat diancam bunuh oleh orang kafir dan tentera berhala, mereka tetap membaca surah Ali-'Imran ayat 173-174 yang maksudnya; Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar daripada ALLAH, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan ALLAH. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar.


Bila kita bertambah yakin kepada ALLAH dan serahkan diri kepada ALLAH, Insya-ALLAH segala dukacita masa lalu akan berakhir. Janganlah berduka bila kenangkan dan perhatikan perbuatan orang lain yang mengguriskan perasaan. Sesungguhnya, manusia tidak mempunyai kekuatan untuk mematikan atau menghidupkan walau sekecil mana pun nyawa atau sekelumit mana pun keadaan. Manusia juga tidak dapat berikan ganjaran terhadap segala perbuatan orang lain. Kerana manusia itu bersifat lemah dan tidak punya kuasa. Segala kuasa yang ada di muka bumi ini adalah hak ALLAH.

Menjadi manusia kita kena yakinkan diri terhadap kekuasaan ALLAH. Semua yang berlaku kepada kita adalah dengan izin ALLAH. Dekatilah diri kepada ALLAH, berserah diri kepada-NYA, redha terhadap segala yang telah ditetapkan-NYA, dan penuhi hati dengan zikirullah dan menyintainya dengan sepenuh hati. Insya-ALLAH kita akan dapat memakmurkan hidup yang hakiki. Kemakmuran yang paling indah yang tidak ada bandingnya di dunia ini. Hanya kita yang merasainya, hanya kita yang menikmatinya.

Jangan pernah berhenti berdoa. Doa itu bukan sahaja ibadat, tetapi talian hayat yang mengakrabkan kita dengan Yang Maha Pencipta dan akrabkan kita dengan insan-insan yang kita doakan. Doa mendekatkan yang jauh, doa mengakrabkan yang dekat, doa mengukuhkan ikatanyang ada, doa meleraikan kekusutan, doa mengamankan yang bergelora dan doa menyelesaikan persoalan yang mendera.

Berdoalah!
Y A K I N LAH!

KUAT KERANA KESUSAHAN

Tuesday, July 15, 2008

Kita hidup ini di dalam dunia yang penuh kesukaran & kesulitan.Memang dunia ini tempat yang sibuk dan riuh.Keadaan ini kelihatan dibuat begitu oleh Allah untuk melatih fikiran dan jiwa kita.
Jika tiada kesusahan, tiada persoalan otak kita tidak akan berrkembang dan akan tetap tumpul.
Tiada ada sesuatu yang berfaedah dan bernilai di dunia ini yang dapat dicapai tanpa mengharungi lautan kesusahan terlebih dahulu..

new book

Wednesday, July 02, 2008

Alhadulillah.lega hati.satu buku dh siap.Risau jugak takut tak siap.Coz next week wakil Perpustakaan Negara nk datang.Agendanya untuk memberi penerangan berkaitan ISDN n pengkatalogan..

Buku tersebut memuatkan hadis-hadis tentang cara Rasulullah SAW mengambil wudhuk.

RM 12.00

Hari Ini Milik Anda

Tuesday, July 01, 2008
Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat anda yang paling khusyu', membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.

Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari pelbagai dosa yang telah dilakukan, mengingati Tuhan dam mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, adik-beradik, ibu bapa, tugas-tugas dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.

" Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-'Araf : 144) "

Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian, pengkhianatan, kebencian atau sakit hati. Jangan lupa hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja atau belajar. 'Hari ini adalah milikmu'. Yakni, apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih terfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi tersebut dan masih ada dalam angan-angan.

Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip; "Masa hidupku hanyalah pada hari ini". Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.

Dan itu, akan membuat anda berkata dalam hati:

" Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saha; tidak bercakap kotor, tidak pernah mencela, mengherdik, mengejek, menyindir dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut. Dan kerana hanya hari ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kesucian jiwaku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku "

Kerana aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin dengan penuh tumpuan, membekali diri dengan solat-solat sunat, berpegang teguh pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.

Aku hanya akan hidup hari ini!

Oleh sebab itu, aku perlu menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat tamak, hasad, riya', sombong, bakhil dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapapun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi mereka yang sesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang dalam kesulitan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang- orang alim, menyayangi anak kecil, dan berbakti kepada orang tua.

Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan :

" Wahai masa lalu, yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akann pernah melihatku termenung sedetik pun mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi "

" Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! MAka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum pasti kerana esok hari mungkin tiada sesuatul esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tiada suatu pun darinya yan dapat disebutkan "

" Hari ini milik anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan" kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah menyenangkan.

Sedutan buku La Tahzan - Jangan Bersedih! - Karangan Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

Duit????

Monday, June 30, 2008
bila sorang kawan tanya hal kehidupan..kita akan jawab berkaitan duit..perlu ke duit.."...jgn jdkan duit sebagi penghalang...."

duit dan kehidupan memang satu keperluan... Tapi pilihlah kehidupan utk mendapatkan duit dan bkn duit utk mendapatkan kehidupan... Kehidupan lbh bermakna walaupun kurangnya duit tapi duit yg byk takda bermakna apa2 kalo kehidupan... Byk yg lbh bermakna dari duit. Mmg la kita x nampak tapi tu la yg sbenarnya... Case ni kita blh nampak pd org yg hidup sederhana.. Sesetengah org ada pluang y byk utk dpt duit tp dia x ambil pluang tu kerana dia memilih kehidupan dengan duit yg sekadar cukup utk kehidupannya.. dan hidup bahagia..Selain kita dapat tgk dari org yg kaya tapi x bahagia...