ALLAH KNOWS

Thursday, April 03, 2008

..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

JANGAN MEMPERBODOHKAN ORANG LAIN

Monday, March 24, 2008
Orang bodoh sebenarnya menentang arus kerana disekeliling kita ini lebih senang mencari orang pandai daripada orang bodoh.Pandai bukan bermakna lulusan universiti.Itu pandai akademik.Pandai disini adalah dari segala hal – kehidupan, pergaulan, pekerjaan dan lain-lain lagi.Tak perlu risau jika tak berpeluang berada dalam universiti kerana terdapat jugak yang bodoh serta kaku.Adakalanya kerana “title” atau sijil saja.tak lebih dari itu.

Bagaimana hendak menguji orang sebegini..Buat-buat bodoh dan bertanya pada orang tersebut tentang ssesuatu yang jawapannya sudah ada dalam “poket” kita.Jika jawapan menyimpang jauh, sahlah dia memperbodohkan kita.Orang yang pandai akan segera mengakui, “ itu saya tak tahu,tolong terangkan..”.


Jangan diamalkan perangai suka memperbodohkan orang.Mungkin di depan kita terdapat orang yang lebih jauh pandai daripada kita.Susah nanti apabila jadi bahan gelak orang lain.



BERCAKAP HANYA APA YANG TAHU SAHAJA, TIDAK TAHU BERTANYA.JANGAN MALU BERTANYA BAGI BELAJAR

MAULIDUR RASUL, MEMPERINGATI atau ADAT

Friday, March 21, 2008

Sekadar renungan bersama, apa yang sy dapat dari khutbah Jumaat oleh Menteri Besar Kelantan, Tn Guru Nik Abd Aziz di Masjid Al Bukhari, Alor Setar, Kedah.

Maulidur Rasul merupakan sambutan yang dibuat di zaman solafussoleh.Zaman sebelumnya samada dizaman Rasulullah,sahabat serta tabi’en tidak diadakan sambutan tersebut.

Sambutan tersebut diadakan selepas orang Islam melihat golongan Yahudi menyambut hari kelahiran Isa pada setiap 25 Dis dimana diberi cuti pada hari tersebut.

Bermula dari situlah, sambutan Maulid diadakan.Tidak salah sambutan maulid diadakan.Jangan sekadar ia diadakan tidak lebih daripada adat saja.

Sambutan Maulid adalah sambutan kelahiran Baginda SAW.Ia sama seperti manusia lain.Baginda sama seperti kanak-kanak kampung yang lain.Perbezaannya ketika usia 40tahun.Kerana usia 40tahun, Baginda diangkat menjadi Rasul.

Perbezaan antara manusia dengan aku (Nabi Muhammad) adalah wahyu dr Allah SWT.

Beza Nabi Musa dengan kaumnya adalah wahyu, beza Nabi Isa dengan kaumnya adalah wahyu.Begitu juga Nabi Muhammad, beza dengan manusia lain adalah wahyu.

Sepatutnya, yang lebih diraikan dari Maulidur Rasul adalah Nuzul Al Quran 17 Ramadhan kerana turunnya 30 juzuk yang terkandung di dalamnya segala-galanya.Ini yang lebih penting.

Kewajipan bagi seorang Rasul yang mendapat wahyu ialah menyampaikan.Andai kita tidak menuruti segala perintah dan tegahan yang terkandung dalam Al quran dibawa oleh Rasululullah, kejayaan pada diri sekadar separuh iaitu hanya di dunia sahaja.

Marilah kita mengamalkan seperti yang kita baca & minta dalam Al Fatihah.

"Tunjukkan kami jalan yang lurus” Jalan yang lurus dari segi ekonomi, lurus dari segi pergaulan, lurus dari segi syariat serta lurus dari segi kehidupan seharian.


WALLAHULAM

SINAR..

Friday, March 14, 2008

Sudah seminggu perubahan politik Negara berlalu.Terdapat negeri yang bersinar di bawah bulan penuh.Trdapat juga yg bernaung di bawah bulan sabit.

Apa yang pasti, moga perubahan yang berlaku menjadi iktibar dan seterusnya bergerak menuju matlamat yang asas iaitu mujtama’ muslim ( masyarakat muslim) serta daulah Islamiyah ( negeri berlandaskan Islam)



Bagi yang penah menghadiahkan penyapu,manfaatkanlah wahai tukang penyapu di sector awam baik di sector swasta apatah lagi yg melibatkan pesakit bertaraf elit.Putrajaya contohnya. HEHE

Moral :

Ketabahan adalah lebih hebat dari kekuatan

MEMILIH DENGAN BIJAK

Thursday, February 28, 2008
Teks Khutbah Jumaat
Dr Asri Zainul Abidin

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT

Saya berpesan pada diri saya dan tuan-tuan yang dirahmati Allah. Marilah kita takut Allah Azza wajalla.Dan janganlah kita mati melainkan kita dalam keadaan menyerah diri kepada Allah.

Seminggu dua ini, suasana Negara kini panas dengan pelbagai khabar, percakapan, berita kesemuanya berkisar berhubung dengan pilihanraya yang akan berlaku dalam Negara ini.Dimana rakyat diberi peluang untuk memilih dan menentukan kepimpinan atau pemimpin yang dipilih ditempat mereka. Ia bukanlah suatu yang kecil, semudah ataupun seringkas kita memangkah di atas sekeping kertas tetapi ia adalah menunaikan amanah yang telah Allah SWT sebutkan ……..


Maksudnya :
Allah SWT memerintah kamu supaya kamu menunaikan amanah, kamu memberikan amanah kepada ahlinya yakni kepada sesiapa yang layak dan memerintahkan kamu agar apabila kamu berhukum, menjatuhkan hukuman di kalangan manusia,hendaklah kamu berhukum dengan adil. Allah memberi kurniaNya dengan Dia menasihatkan kamu sesungguhnya Allah SWT maha medengar lagi mengetahui.

Nabi SAW menyebut dalam hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim……


Sesungguhnya roh, roh insan, roh kita ini, berbagai-bagai jenis.Apa yang dia kenal di antara satu sama lain, maka dia akan cenderung kepadanya. Apa yang dia tidak kenal, maka dia akan berselisih pendapat. Roh orang-orang yang beriman akan cenderung kepada orang-orang beriman. Roh orang-orang yang fasik akan cenderung kepada orang-orang yang fasik. Roh orang-orang yang ingin kebaikan akan cenderung kepada orang yangg ingin kebaikan. Roh orang-orang yang inginkan kejahatan, akan cenderung kepada orang-orang yg inginkan kejahatan.

Maka dalam pemilihan menentukan kepimpinan, seseorang hendaklah tahu bahawasanya, pemilihan yang akan dilakukan olehnya akan mempunyai kaitan dengan nilai perasaan roh dan jiwa. Kerana seorang insan yang soleh akan mencari rakan yang soleh, dan seorang yang tidak soleh akan mencari orang yang tidak soleh.

Al Quran dalam surah Al Maidah, Allah menyebut ….

Sesungguhnya yang menjadi pemimpin kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang menunaikan solat, yang mengeluarkan zakat, dan mereka itu ruku’ bersama dengan orang-orang yang ruku’.

Maka hendaklah pemimpin yang dipilih dikalangan kaum muslimin.Setelah mempunyai ciri-ciri kewibawaan, kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan, dia mestilah juga terlebih dahulu seorang yang menunaikan solat. Jika wajahnya tidak kelihatan di masjid, bukan orang yang menghadiri solat berjemaah bersama makmum, tidak ruku’ bersama orang-orang yang ruku’, tidak dikenali sebagai ahli solat, orang yang mendekatkan diri dengan Allah, maka dia tidak layak menjadi kepimpinan Umat Islam, maka dia tidak layak memimpin umat Islam. Hendaklah pemimpin umat Islam,pemimpin yang mendirikan solat. Sehingakan

Nabi SAW melarang memerangi pemerintah, kata Nabi ……

Tidak! Selagi mana mereka itu mendirikan solat.

Apabila pemimpin tidak kelihatan wajahnya di masjid, hanya wajahnya menjelang apabila ditampal posternya atau menjelang penamaan pemilihan namanya, maka dia bukan pemimpin orang-orang yang beriman. Mestilah ruku’ bersama orang-orang yang ruku’. Kelihatan pada solat fajar bersama jemaah, kelihatan pada solat isyak bersama jemaah, mempunyai kaitan perasaan dengan masjid, bukan hanya hadir ke masjid apabila ada program rasmi sahaja, menunaikan zakat, membelanjakan harta untuk perjuangan pada jalan Allah, membelanjakan harta untuk kebaikan umat Islam. Ramai orang boleh membelanjakan ribuan,ratusan ribu hartanya untuk politiknya.Tak ramai yang boleh membelanjakan hartanya semata-mata kerana Allah Azza Wajalla, untuk kepentingan agama, tanpa dicampur-adukkan dengan kepentingan diri. Jika ciri itu dimiliki dia adalah pemimpin orang beriman.

Di dalam riwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya Imam Bukhari menyebut kata-kata Umar Ibnu Al Khattab RA ……..

Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, mempelajari hukum-hakam,mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah.Tidak boleh orang jahil menjadi pemerintah, tidak boleh orang jahil menjadi pemimpin. Mestilah kita umat Islam pandai dalam membuat pemilihan.Sesiapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendengar pengajian yang benar, mendekatkan diri kepada Allah, dia layak menjadi pemimpin kita kerana dia telah menjadikan dirinya memahami agama. Bukan sekadar menganjurkan majlis agama tetapi dia mesti memahami agama, mesti memahami syariat Allah, mesti memahami hukum-hakam syarak, hadir memahami agama.Jangan akhirnya dia bercakap sesuatu yang bercanggah dengan agama.Maka jika dia tahu agama, zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehan dan dari segi penampilannya, tanda-tanda orang yang tunduk dan ruku’ kepada Allah, pakaiannya, pakaiannya anak isterinya melambangkan dia faham hokum-hakam Allah. Maka jika itu berlaku, itulah yang disebut oleh Allah S.W.T , yang disebut Rasulullah S.A.W yang ditegaskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin.




Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Mimbar ini tidak berkempen untuk sesiapa, bukan kepentingan kita untuk berkempen, kita menyeru umat Islam menggunakan akal dan imannya, apabila mereka menentukan kepimpinan untuk dirinya. Janganlah ketaksuban kepada puak golongan parti menyebabkan kita membutakan mata dalam menentukan keputusan yang diredhai oleh Allah dan Rasulullah SAW. Allah SWT menyebut dalam Al-Quran……..

Jadilah orang-orang yang menegakkan kebenaran, saksi yang adil kerana Allah, janganlah kamu jadikan kebencianmu kepada sesuatu puak menyebabkan kamu tidak adil. Adillah, sesungguhnya adil itu dekat kepada taqwa. Takutlah kamu akan Allah, sesungguhnya Allah SWT Mengetahui apa yang kamu lakukan.





Marilah kita bertaqwa, beristikharah kepada Allah didalam memilih sesiapa sahaja dikalangan kita supaya pemilihan itu mendapat keredhaan dari Allah.

KISAH KUPU KUPU

Saturday, February 16, 2008
Ada Seseorang telah menemukan kepompong seekor kupu kupu.... suatu hari kelihatan sebuah lubang kecil muncul. lalu, dia duduk mengamati dalam beberapa jam menunggu calon kupu kupu itu. beberapa ketika selepas itu kelihatan kupu kupu itu sedang berjuang dengan memaksakan dirinya melepasi lubang kecil itu.. kemudian kupu kupu itu berhenti daripada meneruskannya.. kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh lebih jauh lagi.. akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya.. dia mengambil sebuah gunting dan memotong sedikit lubang dari kepompong itu.

Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya..namun dia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, sayap sayapnya berkerut..orang tersebut terus mangamatinya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan terus berkembang seiring dengan berjalannya waktu. namun.... semuanya tak terjadi.

Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh yang kembung dan sayap sayapnya yang berkerut.. dia tidak boleh terbang.

Sifat baik yang tergesa gesa orang itu menyebabkan dia tidak memahami bahawa kepompong itu merupakan halangan dan perjuangan yang perlu ditempuhi oleh kupu kupu tersebut. lubang kecil kepompong tersebut adalah cara dan jalan tuhan untuk memaksa cecair dalam tubuh kupu kupu tersebut mengalir ke sayap sayapnya. maka dengan cara itulah kupu kupu boleh terbang dan bebas dari kepompong tersebut.


Imej:RN016 Talicada nyseus.jpg
Sebenarnya......perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan perjuangan.. itu mungkin akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak semampu dan sekuat yang sepatutnya yang diperlukan untuk merealisasikan cita cita dan harapan yang kita impikan.

Tanpa halangan dalam perjuangan Kita mungkin tidak dapat 'terbang'. sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Kita memohon kekuatan dan Tuhan memberi kita kesulitan demi kesulitan untuk membuat kita tegar.

Kita memohon kebijaksanaan dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.

Kita memohon kemakmuran dan Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.

Kita memohon keteguhan hati dan Tuhan memberi bencana dan bahaya untuk diatasi.

Kita memohon cinta dan Tuhan memberi kita orang orang bermasaalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan dan kebaikan hati dan Tuhan memberi kita kesempatan kesempatan yang silih berganti.. begitulah cara Tuhan membimbing kita.

Apakah jika saya tidak memperolehi apa yang saya inginkan.. bererti saya tidak mendapatkan segala yang saya perlukan?..

Kadang Tuhan tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal.. bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan.. padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..

Sesungguhnya segala yang tersembunyi yang kita tidak tahu...sebaliknya sangat diketahui oleh ALLAH..

Senang atau Susah

Susah dan senang bukan sekadar duit.Ia lebih daripada itu.Ada yang duitnya banyak tapi hati tidak senang, hidup tidak senang, macam-macam hal yang menyusahkan terjadi setiap hari.Kita hendak senang bukan hendak susah.

Ulama menasihati supaya “jangan minta kaya, tapi minta senang”. Sekiranya kita minta senang, walaupun tak kaya, hidup sederhana tetapi hati senang, segala-galanya menyenangkan dan menenangkan.

Jadi, bijaklah membuat pilihan ... (",)

Bukan Satu Garis Lurus

Monday, February 11, 2008

Kehidupan bukanlah satu garis lurus,
Bukan jalan yang tiada bersimpang,
Bukan saliran yang tiada bercabang..
Kehidupan itu garisnya bengkang-bengkok,
Penantian di hadapan tak dapat dijenguk,
Tak kuat iman selalu mengamuk,
Lemah jiwa hati remuk..
Kehidupan itu bersimpang-siur dengan jalan,
Setiap satunya ada petunjuk di permulaan,
Buta hati salah pilihan,
Jalan mati tak ikut arahan..
Kehidupan itu lautan luas,
Sentiasa bergelora arus buas,
Pandai berenang takkan lemas,
Takkan sesat bersama kompas..

KISAH RUMPUT

Saturday, February 02, 2008
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada
seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh
mengenai kasih dan sayang secara am.




Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling
kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.
Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu
berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih
mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu
petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan
selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar
tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka
cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi
saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ,
saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu
kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil
mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di
penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke
belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang
yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada
itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga
yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang
kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan
ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti
rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,
maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana
jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti
sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki,
jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.



PERCAYA

Wednesday, January 30, 2008
Kadangkala kita akan bertemu dengan orang akan memberi suatu perasaan aman kepada kita.Berada disisinya kita akan berasa lebih tenteram dan lebih baik.Berada disisinya juga kita akan berasa terlindung.

Apakah yang menyebabkan wujudnya perasaan aman, tenteram dan terlindung itu?

Dia mempercayai kita dan tidak mencaci keburukan kita yang sememangnya terdapat pada semua orang.Dia tidak bertindak seperti polis dan menghina.Sudah tentulah orang yang mampu membuat kita berasa aman dan juga mententeramkan hati kita adalah seseorang yang mempunyai ketenteraman hati dan aman.Adalah mustahil seseorang itu memberikan sesuatu yang tidak dimilikinya kepada orang lain.

Apakah yang menyebabkan seseorang itu mempunyai ketenteraman hati? Jawapannya ialah KEPERCAYAAN.







Kepercayaan asas kehidupan.Tanpa kepercayaan tidak akan ada hidup yang sejati.Tanpa kepercayaan akan menyebabkan kekacauan dan kesusahan.Tanpa kepercayaan hidup ini akan dirasakan serba mengelisahkan dan membingungkan hinggakan tidak sesuai dinamakan hidup lg.

Sebenarnya kepercayaan itu sesuatu yang amat penting sebagai asas meneruskan kehidupan dengan berani.Kehidupan rohani sama seperti kehidupan jasmani yang terdapat 3 asas iaitu :

Pertama : Percaya kepada hidup
Kedua : Percaya kepada orang lain
Ketiga : Percaya kepada diri sendiri.

INGAT DAKU WAHAI SAHABAT

Tuesday, January 22, 2008

Ingati daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan.

Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Janganlah aurat ku didedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan.

Ingati daku
Hakikat diri ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya.

Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan.

Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan.

SILENT MODE

Monday, January 14, 2008
Alhamdulillah.berjumpa jugak tahun baru 1429 H.

Ingatkan 1429H merupakan tahun azimat bagi semua kerana nyaris akan berlaku "SILENT MODE” (petikan dr sebuah blogger).

13 Jan 2008, jam 7.01 malam, jalan lebuhraya Changlun-Alor Setar hampir berlaku peristiwa tragis antara diri ini dan motorku @ bura’. ;)

Walaubagaimanapun, Allah Maha Kuasa Lagi Maha Penyayang..Diri terselamat dari kemalangan jiwa.Tayar belakang pancit on the way nak balik rumah.Selalunya, jika tayar pancit, motor akan bergerak dalam keadaan bergetar-getar kerana tiada angin.

Ini tak, tiada tanda akan pancit.Tengah bergerak, tak pasal pasal motor thoyong hayang.Alhamdulillah ruang sebelah kiri luas dan kelajuan moto pada waktu tu pun standard ja.kalu tak 360degree gak gamaknya.

Memang Allah tolong hambaNya ni.lagi.Takdir Allah.Seberang jalan terdapat kedai motorsikal.Allahu Akbar.

Tiada daya diri ini melainkan Mu Ya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar

SELAMAT TAHUN BARU

Sunday, December 30, 2007
Selamat tahun baru (masehi) 2008 bagi diri saya dan juga rakan-rakan. Meninggalkan seribu satu sejarah dibelakang, menelusi sejarah dan mengukirnya. Itulah sebenar hakikat yang seluruh manusia hadapi ketika ini di tahun baru.

Bagi setiap manusia, lazimnya di awal tahun barulah bermula segala azam dan cita-cita baru. Apa tidaknya, bermacam-macam perkara yang difikirkannya. Ada yang mahu berjaya dan cemerlang dalam pelajaran, ada yang mahu skor 20A1 untuk SPM, ada yang mengimpikan tahun ini sebagai tahun 'raja sehari' dan mungkin ada yang ingin tukar kereta baru menggantikan yang lama.Tahun baru tentulah azam baru.

Apapun setiap tahun muncul impian dan azam-azam yang berbeza mengikut individu. Persoalanya, sudahkah anda menilai diri bagi tahun yang sudah berlalu ini? Tercapaikah semua azam dan cita-cita yang anda azamkan pada awal tahun 2007 lalu? Atau adakah azam di tahun 2007 masih lagi sama dengan azam 2008?

Saya petik PESANAN NABI MUHAMMAD SAW kepada SAHABATNYA, ABU HURAIRAH RA dari kuliah Maghrib sebelum ni.Fikir-fikirkanlah …. ;)

1.Bertaqwalah kepada perkara haram, kamu akan menjadi hamba Allah yang setia.
2.Jadilah manusia yang kuat redhanya, kamu akan menjadi sekaya-kaya manusia.
3.Berbuat baiklah pada jiran, ia adalah sebaik-baik mukmin.
4.Sukalah dan menyayangi manusia lain seperti kamu suka disayangi, kamu akan menjadi semuslim-muslim manusia.
5.Jangan banyakkan ketawa, sesungguhnya ia akan mematikan jiwa.

Kejayaan

Sunday, December 23, 2007
RABBANA AATINA FID DUNIA HASANAH

WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQHI NA 'AZABANNAR

Salam Eid Adha

Friday, December 21, 2007

Jika kita suami, hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim,
Jika kita isteri, hayatilah pengorbanan Hajar,
Jika bukan antara duanya, hayatilah pengorbanan Nabi Ismail
kerana kita pasti seorang ANAK ..

JAGA KESIHATAN DIRI

Saturday, December 15, 2007

Terlalu LAMA BERDIRI?

Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.

Terlalu LAMA DUDUK?

Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh menjadi kendur.

Terlalu LAMA MELIHAT?

Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari biasa.


Terlalu BANYAK TIDUR?

Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

Terlalu RIANG/GEMBIRA?

Merosakkan usus.

Terlalu KERAP MARAH?

Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

Terlalu BANYAK BERFIKIR?

Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim dan sekitarnya mudah terjejas.

Terlalu BANYAK BERSEDIH?

Merosakkan jantung.

Terlalu MERANA?

Merosakkan paru-paru.

Terlalu TAKUT?

Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

Terlalu KERAP TERKEJUT?

Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan kadangkala pendarahan terlebih.

Terlalu BANYAK MAKAN?

Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ?ragam? lauk/makanan yang dimakan dan semakin terjejas kesihatan)

Terlalu BANYAK MINUM AIS?

Merosakkan otot dan lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.

Terlalu BANYAK MASA LAPANG?

Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan suka berkhayal dan menimbulkan pelbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup positif.

Terlalu BANYAK MENYAPU?

Menyihatkan anggota badan.. :)

Hidup Ini

Monday, December 03, 2007


hidup ini bukan untuk dimiliki
hidup ini bukan untuk dikhianati
tapi hidup ini untuk kita lalui
satu jalan yang kadangkala sepi
satu nikmat yang penuh bererti
hidup yang bahagia
tak selamanya indah
hidup yang derita
tak selalunya gundah
jalan yang dipilih
mungkin silap
mungkin juga betul
jika keliru
minta bantuan Ilahi
jika buntu
cari bantuan Yang Satu
moga kau bijak memikir
agar tak tersilap
kau jangan cepat serah


takut nanti kau gagal
gagal sekali
mungkin boleh dibaiki
tapi gagal terus
tak berguna lagi....




LUQMANUL HAKIM: MODEL TARBIYAH ISLAM

Monday, November 26, 2007
APABILA menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar.

Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:


1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.


2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

sometimes...

Sunday, November 04, 2007


sebanyaknya " sometimes " dalam hidup ini.Perjalanan mesti diteruskan..

" Wahai Tuhan Kami, Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikul nya.. "

Khinzir @ Tut...

Tuesday, October 30, 2007

BEBAN ???

Sunday, October 28, 2007

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,


"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.


Pengajaran:


Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.


Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

RENUNGAN

Tuesday, October 23, 2007

KISAH SETIA SEORANG SAHABAT DI MALAM RAYA

Saturday, October 20, 2007
sekadar bacaan bersama
Pejam celik, pejam celik saja dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat juga aku beraya di kampung, jumpa mak abah danadik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apacerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gilakat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecikmain sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan.Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'!Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajardi luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim jugamesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadiberhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampirsepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang dudukmencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigitanak kemuncut.

"Wey! Siut. Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya!Apa kau buat tepi jalan malam-malam begini?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! BalikMalaysia jadi begini kau ye.. handsome nampak?" Naim menepuk-nepuk bahuRaiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa lah! zamanbersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidakmenjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atashingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampakberserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? kenapakaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah saja..." tegurRaiz.
Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!"
"Ala! singgahlah rumah aku dulu. Aku dah lama tak borak dengan kau.Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalumenarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik lah! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk seorang saja ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairananapabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanyaditerangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang."Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu,macam-macamterjadi kat aku! Mak ayah aku sakit. Aku tak dapat sambung belajarsebab nak jaga mereka.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orangjahat betul. Aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempangdibalun dek orang kampung lah!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim."Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, tak ada sapa yangdatang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam saja!" Naimterisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang."Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak adatempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya. Aku tunggutepi jalan, manalah tau agaknya-agaknya kau ada balik! Pasal aku tau kau seorang saja boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minahkilang pulak tuduh aku nak mengenen mereka.

Hishh. Aku cuma tunggu kau balik!Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. mereka apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun mereka mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku minta maaf Naim. Akubetul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu lah kau, pergi belajar jauh-jauh tu Kenapa? Dah langsung tak dengar berita.Tengok-tengokbalik dah jadi begini bergaya kau ye!

Eh! Minumlah! rumah aku tak ada apa boleh dimakan. Ni saja lah!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku minta maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raizsayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau minta maaf. Aku jadi macamni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat bagaimana. Kau dahbalik ni, selalu-selalu lah jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,akuminta ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujungkaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilamnipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisatRaiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersamaayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kautidur kat sini pagi-pagi raya ni Kenapa? Dah tak ada rumah nak balik?" jerkahayahnya.

"Eh? Kenapa pulak mereka marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya.Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yangbertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raizpandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malahberpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segeramengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim binMalik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah."Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia tak ada, sapa yang sayajumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?""Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggalhari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kuburarwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpadia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz tambah terkejut.Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terdudukdisisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi."Kau dah balik ni, selalu-selalu lah jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya. Aku minta ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujungkaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglahrumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naimlalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepadaarwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang danaman di sana!
MORAL : jangan lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

SALAM AIDILFITRI

Wednesday, October 10, 2007





IMAN BALL



tiada idea nak post apa...last2 main-main dgn photoshop... ;)

Mega Sale !!

Wednesday, September 26, 2007



niat Jahat Yahudi / Nasara Terserlah

Saturday, September 22, 2007


Di kawasan perniagaan di MID TOWN MAN HEATON di New York didirikan sebuah bar baru dan dinamakan APPLE MECCA. Ia mengambil sempena Kaabah di Mekah dari segi nama dan bentuk bangunan. Bar ini beroperasi berkaitan Vine dan minuman. Umat Islam New York telah
meminta kerajaan AS supaya tidak membenarkan bar ini beroperasi dan dibuka.

Sikap mereka yang membenci Islam terus terserlah dengan pelbagai cara, aktiviti dan kreativiti dalam mempermain dan memperlekehkan Islam. Soalnya adakah umat Islam sendiri berpegang dengan agamanya atau telah lama menurut jejak langkah Yahudi dan Nasara?





UNPREDICTABLE

Thursday, September 20, 2007

Hidup ini amat singkat..
Hidup ini umpama roda..
Adakala di atas, adakala di bawah..

Adakala suka, adakala duka..
Adakala resah, adakala lapang..
Adakala rahsia, adakala terbuka..

Apa yang pasti, bagaimana kita melangkah..
Meneruskan perjalanan yang masih jauh..
Menuju sebuah noktah..

Semua itu di luar jangkaan..
Di luar batasan pemikiran kita..

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia kurang elok bagi kamu.

Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui berbanding kamu.” Al Baqarah : 216

Target Ramadhan

Sunday, September 16, 2007
"Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana orang terdahulu supaya kamu berTAQWA"

******************
Solat terawih tiap-tiap malam? Tilawah satu juz Al-Quran sehari? Menghafal satu juz Al-Quran dalam satu bulan Ramadan? Qiamulail tiap-tiap hari? Senyum dan memberi salam kepada semua orang?
***********
p.s : kalu leh buat kuih koci pun.tak termasuk dlm target Ramadhan.hehehe

BBC Hardtalk with Dr Syed Hamid Albar

http://www.bbc.co.uk/newsa/n5ctrl/progs/07/hardtalk/albar13sep.ram


He lied so much in this interview. For instance, he mention issue with Lina Joy is not changing her religion, but changing her name in her ID. He said there wouldn't be any problem if she wanted to convert to another religion. Only problem is changing her name in her ID, cause we got a system when creating an ID card. We know that's not true.

Also, he mention that if muslims wanted to convert to other religions, they can do it in Malaysia. Again, we know that's certainly not the case.

Terima kasih semua

Saturday, September 08, 2007

Memilih teman sama ertinya dengan memilih masa depan
Memilih teman sama ertinya dengan memilih perilaku
Memilih teman sama ertinya dengan memilih kualiti ilmu

Maka, siapa pun yang ingin masa depannya cerah, perilakunya
Menawan hati, serta luas ilmu dan wawasannya, maka ia
harus sangat pandai memilih teman. Kita akan sukar berkembang
bila sehari-hari bergaul dengan orang-orang malas.Kita pun akan
sukar meraih kemuliaan akhlak, bila sehari-hari bergaul dengan
orang yang buruk akhlaknya.Maka, tinggi rendahnya kualiti seseorang
manusia sangat dipengaruhi oleh kualiti orang yang menjadi temannya.
**************
terima kasih semua....hari itu telah berlalu.tapi hari mendatang kunjung tiba.
Doa rabitah pengikat hati.Tanda ukhuwah kekal abadi. (",)


Yang mana menjadi PILIHAN HATI

Wednesday, August 29, 2007

harvesting season

Monday, August 20, 2007



I was at my village, Kepala Batas over the weekend and it was harvesting season. the fields were unbelievably gold with riped paddy and the birds....they were everywhere...celebrating the season.

icebow

Wednesday, August 08, 2007


Subhanallah... cantiknya...

Antara petikan dari akhbar

LANGKAWI, 6 Ogos (Bernama) -- Kemunculan secara tiba-tiba fenemena luar biasa pelangi penuh yang dipanggil "icebow" di ruang angkasa Langkawi hari ini menarik perhatian para peserta dan media yang membuat liputan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2007.

Beberapa dozen jurufoto yang membuat liputan LID telah begegas untuk mengambil gambar pelangi penuh yang mengelilingi matahari pada kira-kira jam 2.40 petang, sebelum ia hilang kira-kira 20 minit kemudiannya.

Bukan sahaja jurufoto yang tertarik dengan fenomena itu, Menteri Kerja raya Datuk Seri S. Samy Vellu, yang turut menghadiri LID, juga turut kelihatan di kalangan orang ramai mengagumi pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat itu.

"Icebow" adalah satu fenomena yang sama dengan kejadian pelangi, terbentuk melalui biasan cahaya matahari melalui awan yang mengandungi kristal ais, bukan titisan halus hujan atau titisan air yang terkandung dalam udara.

Kristal ais itu adalah dari awam "cirrus" berada pada satu kawasan yang mempunyai jejari yang luas dan berada pada satu ketinggian tertentu bagi membolehkan fenomena itu berlaku.

Angin juga tidak boleh ada pada waktu itu dan matahari berada pada altitud kurang 34 darjah untuk membolehkan kewujudan "icebow" itu.

Jalan Jauh ke Kampus

Saturday, August 04, 2007


Jalan Jauh ke Kampus mengisahkan kegigihan Farid bagi mencapai cita-citanya bergelar hafiz.Pada mulanya, Farid hampir berputus asa, namun galakan ibubapa dan kakaknya membuatkan dia bertahan.
Ujian demi ujian menguji ketabahan Farid.Ternyata bukan mudah untuk bergelar hafiz Al Quran.Farid diuji dengan tiga kematian ahli keluarga terdekatnya secara berturutan.
Bermula dengan kematian ayah, Encik Lokman kerana kanser, kesedihan terus membelenggu hidupnya.Pn Halimah mengikut jejak ayahnya.Begitu juga dengan abang sulongnya, Fahmi.
Alhirnya, berkat kesabaran dan sokongan padu ahli keluarganya, Farid berjaya bergelar hafiz.Langkahnya tidak terhenti di situ.Dia mahu membuktikan hafiz al Quran juga boleh hidup seperti orang lain.Farid mengambil peperiksaan SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej.

:) & ;)

Sunday, July 29, 2007


Pertemuan kita kali ini
Bukan sekadar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan

Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Allah memberkati

Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran

Reff:
Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita

terimaLAH aku.....

Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam
Mengusik hati
Tanpa sempat ku bendung lagi

Sering tertanya
Adakah derita tiada hujungnya
Apakah air mata tiada ertinya

Mengapa harus aku terleka dan jua alpa
Bahawa dunia
Sementara cuma

Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggan rahmat sinaran iman
Di celah tadahan doa jua amalan diri
Agar hidaup matiku hanyalah untuk-Mu

Terima kasih Tuhan yang Maha Pengasih
Di atas rahmat-Mu yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku membalasnya
Tanda cintaku kepada-Mu
Kau kekasih hati

Moga ku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam
Biarpun luka masih berbisa
Darah mengalir pekat oh selamanya
Akan ku capai jua

Tuhan terimalah hamba
Ku lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biarpun diriku terasa hina

Engkau yang Maha Pengasih
Engkau yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
TERIMALAH DARI SEGALA TAUBAT

A Fact Of Life

Tuesday, July 24, 2007
The most destructive habit...Worry
The greatest Joy...Giving
The greatest loss...Loss of self-respect
The most satisfying work...Helping others
The ugliest personality trait...Selfishness
The most endangered species...Dedicated leaders
Our greatest natural resource...Our youth
The greatest "shot in the arm"...Encouragement
The greatest problem to overcome...Fear
The most effective sleeping pill...Peace of mind
The most crippling failure disease...Excuses
The most powerful force in life...Love
The most dangerous pariah...A gossiper
The world's most incredible computer...The brain
The worst thing to be without...Hope
The deadliest weapon...The tongue
The two most power-filled words..."I Can"
The greatest asset...Faith
The most worthless emotion...Self-pity
The most beautiful attire...SMILE!
The most prized possession...Integrity
The most powerful channel of communication...Prayer
The most contagious spirit...Enthusiasm

Palestin...

Monday, July 23, 2007


Saban hari rakyat Palestin tak kira sama ada muda, tua, kanak-kanak dan wanita terus hidup dalam ketakutan akibat buruan Yahudi Laknatullah! Perut dirobek, wanita dirogol, golongan tua dan muda diseksa, pendek kata semua penduduk palestin dizalimi. Di Malaysia, tabung derma di lancarkan, piket dan demonstrasi gah ditengah-tengah masyarakat, namun tiada sebarang hasil yang menunjukkan tanda-tanda perdamaian! Justeru, apa lagi yang harus dilakukan? Adakah perlu umat Islam Berjihad bagi mempertahankan akidah sandara seagama dan kesucian Islam yang semakin hari semakin rakus dinodai puak-puak Kuffar???


Kesusahan..

Sunday, July 15, 2007

********* *** *********
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
********* *** *********

Hijau itu manis...

Wednesday, July 11, 2007

Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau." Yakni manis rasanya dan hijau pemandangannya, memikat dan menggoda. Kerana sesuatu itu apabila keadaannya manis dan sedap dipandang mata, maka dia akan menggoda manusia. Demikian juga dunia, dia manis dan hijau sehingga akan menggoda manusia.

Motivasi Diri

Monday, July 09, 2007


dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya - al Isra' 82
Ayat yg memotivasikan diri dikala pelbagai masalah wujud.
Al baqarah 153 & 216 byk mengajar dlm motivasi diri.

Masjid

Sunday, July 08, 2007
Banyak kelebihan berkaitan dengan masjid...
Mengimarahkan masjid
Beriktikaf di masjid
Mendirikan masjid (two meaning :D )
Terdapat ganjaran yg menanti..

PERATURAN

Thursday, July 05, 2007


SILA PATUH PERATURAN-PERATURAN YG ADA !!

;)

Tuesday, July 03, 2007


To my pren.....

Bangun pagi gosok gigi,
Gosok gigi tepi telaga,
Ditanya sapu daun, dijawab belum siap lagi,
Last-last, masuk bilik sambung lena.


Buai laju-laju,
sampai pokok sena,
jangan lupa basuh baju,
nanti tak boleh ke mana-mana.


pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
harap kawan jangan la marah,
Hanya isi masa lapang saja






Life Decisions

Sunday, July 01, 2007

Selamat Hari Sahabat

Wednesday, June 27, 2007
Hilangnya seorang teman ibarat hilangnya sebelah tangan.Lukanya boleh diubati, tapi hilangnya..tiada ganti...
Selamat Hari Sahabat

Anak Melayu Juara Pertandingan Menyediakan Arak


Artikel bertajuk “Bartenders whip up a storm at contest”, terbitan akhbar The Star 15 Jun 2007 menarik perhatian saya seketika.

Lewat membaca artikel tersebut saya agak sedih melihatkan nasib anak-anak muda kita di Kuala Lumpur ini. Kehidupan mereka dipenuhi dengan ujian dan kadang kala ujian yang menyeronok seperti ini merosakkan mereka dan imej umat Islam sendiri.

3 orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year
2007 (Malaysia)
anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai
pertandingan ini.

Acara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.

Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis
Melayu
dari Sarawak iaitu Camelia.

Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua.

Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.

Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.