Bila besar nanti ....

Wednesday, April 27, 2011
Adik: Ayah, tengok tu! Kapal terbang!

Ayah: Haa, nanti Adik belajar elok-elok pastu jadi pilot. Nak?

Adik: Tak tau la Ayah. Adik pun tak tau nak jadi apa bila besar nanti.

Ayah: Apa-apa pun, Adik buat la apa yang Adik minat bila besar nanti ye. Janji halal.

Adik: Adik minat Power Rangers biru. Nak jadi Power Rangers boleh?

Ayah senyum.

Adik: Ayah, bau apa ni? Ada benda terbakar ke Ayah?

Ayah: [Bisik] Oh, tu bau asap rokok Adik. Tengok belakang Adik tu, ada sorang abang ngan girlfren dia. Dua-dua tengah rokok.

Adik: [Bisik] Adik nak rokok boleh?

Ayah: Budak-budak mana boleh. Tengok tu, 18 tahun ke atas je boleh rokok.

Adik: O ye ke. Budak besar je boleh rokok rupanya. Sama la macam sesetengah movie kan Ayah? 18 tahun ke atas je boleh tengok kan?

Ayah: Err...iye.

Mama mula pandang slack kat Ayah.

Adik: Ooo! Adik paham. Kalau camtu, Adik nak jadik besar cepat-cepat la Ayah!

Ayah: [Hairan] Nape?

Adik: Sebab bila dah besar, suma yang haram jadi halal kan kan kan?

Ayah: ...

Cepat-cepat Ayah sorok rokoknya.
-aiman azlan  

Jiwa kanak2 penuh dgn perasaan ingin tau dan mencuba sesuatu..
so, its depend to their parents utk mencorakkan.Didiklah, tarbiahlah mereka dgn sempurna.

Compassion

KUASA PERKATAAN

Sunday, April 17, 2011
2 orang yang cuba menceritakan perkara yang sama. Tetapi peliknya kita lebih mempercayai atau lebih mahu mendengari daripada pihak tertentu dan bukan pihak lain satu lagi. Walhal masing-masing mempunyai maksud yang sama tetapi menggunakan perkataan yang berbeza. Pernahkah perkara ini terjadi pada hidup anda?

UNTITLE

Tuesday, April 05, 2011
2-3 hari ini riuh sana sini samada suratkhabar,FB ataupun tv mengulas tentang GURU SETAN, WARDEN ZALIM dan macam-macam lagi tajuk..

Naik geram dan macam-macam ada lagi..Kita pon tak tahu yg mana betul..yg mana salah...
Kepada yg tak tahu menahu apa-apa lagi..rujuk link dibawah: 

Ni plak diambil dari satu blog [EKSKLUSIF] GURU DERA MURID, DI SEBALIK KISAH..

Apa yg pasti, adik Saiful adalah ahli syurga yang boleh memberi syafaat kepada ahli keluarganya.Inilah hikmahnya, kematiannya meringankan di kala tiada siapa yang dapat membantu di waktu itu...Allahu akbar.Maha Hebat perancangan Allah SWT..

"Wahai jiwa yang tenang!Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.Maka masuklah ke dalam kalangan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurga Ku"

SEJUTA MAKNA

Saturday, April 02, 2011