Halal atau ..... ???

Wednesday, June 27, 2007
Makanan tak leh lari dr kehidupan kita.macam mana pun.kita akan makan.samada makan untuk hidup atau hidup makan.

Segalanya boleh didapati dimana-mana.Di umah, pasarraya, secret recipe, dunkin donut atau di medan selera.

Apapun, kita selalu terlepas pandang berkaitan makanan ini.

Begitu juga dengan pelbagai produk kegunaan kita seharian

Sekadar berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama melalui pelbagai sumber.


**************************************************

1.Rokok.Umumnya rokok memudaratkan.Tapi munkin da yg tak tahu.Rokok mengandungi skatole ( pati najis ).Disahkan oleh CAP.





2.Ubat gigi.Diperbuat dari serbuk tulang.Tapi dr mana sumbernya.Kalau dari binatang yg halal sekalipun.Adakah dengan penyembelihan?

3.Minyak wangi.Terdapat minyak wangi yg diekstrak dr anal musang.



4. Aiskrim @ Dadih strawberi.Yang mengandungi Carmine.Pewarna merah yg diekstrak dr serangga.

5.Vaksin, Kapsul, Pil, Biskut & Kek.Mengandungi gelatin.

Gelatin ialah sejenis protein tidak lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit dan sendi-sendinya.
Keraguan;
i.Adakah dipastikan ia dari binatang yang halal (iaitu bukan babi)
ii.Adakah ia dari binatang yang telah disembelih?

*.Berkaitan dengan ubat.Br dapat sources dr my pren.Br nk buka web tersebut.

6. Burger, Fishball, Fishcake, Sosej & sewaktu dengannya.Mengandungi Plasma Darah.

i.Industri makanan gemar menggunakan bahan buangan dalam makanan. Oleh itu, darah dari rumah sembelihan turut dikitar semula ke dalam makanan.

ii.Darah dari rumah sembelihan diemper (centrifuged) untuk menyingkirkan platelet darah (yang memberikan warna merah kepada darah). Apa yang tinggal hanya plasma darah, iaitu cecair berwarna kuning air. Ia kemudian dikeringkan secara semburan dan digunakan sebagai sumber protein.


7.Roti, pizza, bahan perisa makanan, Dough enhancer.Mengandungi
L-Cysteine.




i.* L-cysteine ialah sejenis asid amino yang lazimnya digunakan di dalam makanan, ubatan dan kosmetik.

ii.* Dewasa ini hampir 80% daripada L-cysteine yang digunakan di seluruh dunia diperolehi dari China dengan menggunakan rambut manusia dan bulu ayam.
Menurut hukum Syarak, setiap bahagian manusia adalah haram dimakan. Oleh itu, kehadiran L-cysteine dalam makanan adalah meragukan kerana besar kemungkinan ia diperolehi daripada rambut manusia.

8. Produk kosmetik.Banyak mengandungi bahan-bahan yang menjijikkan seperti kolagen, ekstrak uri dan cecair tetuban.

Air Tetuban
Satu lagi bahan yang terdapat dalam kosmetik ialah cecair amniotik atau air tetupan, iaitu cecair yang terdapat dalam karung sekeliling bayi yang belum lahir.

Para pembuat kosmetik yang mendakwa barangan mereka menggunakan bahan ini telah mengiklankannya sebagai “keadaan semulajdi merupakan cara hidup utama” di dalam iklan-iklan krim muka, syampu dan sabun.

Ekstrak Uri
Pada tahun 1982, CAP telah mendedahkan mengenai kegiatan tidak bertanggungjawab hospital-hospital kerajaan di Malaysia yang menjual uri manusia kepada syarikat-syarikat kosmetik di luar negara. Uri-uri ini digunakan dalam proses pembuatan kosmetik, terutama krim muka dan salap.

Kolagen
Kolagen merupakan sejenis bahan berjeli yang dihasilkan daripada tisu penyambung tulang dan rawan binatang atau daripada janin manusia. Ia sering digunakan dalam pelbagai jenis kosmetik seperti syampu, losen kulit dan gincu bibir.

**************

Wallahualam.Sekadar menyampaikan...Maaf andai meragukan / menyinggung mana-mana pihak.



1 comment:

Anonymous said...

air ketuban ..bukan air tetuban.. :P